Monday, November 28, 2011

Couple=cinta?

Couple=cinta? Saya kata tidak.

Bicara cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya soalan berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah tak ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya kata ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”

Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?

Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.

Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.

Apa itu cinta

Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini.

Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.

Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.

Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.

Yang saya kata bercinta sebelum kahwin

Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.

Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.

Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.

Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.

Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.

Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.

Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali.

Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.

Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.

Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?

Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.

Siapa kata tiada? ^^

Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

Pernah dengar ayat macam ini?

Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^

Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?

Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

USAHA.

Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

Kalau pendam sahaja buat apa?

Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.

Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.

Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.

Tawakkal Buta?

Jangan sekali.

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

Cinta sebelum kahwin ada.

Dan.... Siapa kata couple=cinta?

Boleh tukar definisi tu semula. ^^


~ seorang hamba,

P/S: renung-renungkan.. peace no war..

Saturday, November 5, 2011

Amalan Ayatul Kursi







Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

p/s : selamat beramal.. renung-renungkan... hehe

Sepet Story_termenung seketika

dalam kata adat berbicara.. dalam kenal adat manusia...dalam sendu ada ketawa..
dalam gelap ada cahayanya....

1/11/2011 dah lepas dah.. rini 5/11 /2011 dahh.. heeeh saja ja nk imbas tarikh tu...
tak da pa pun lex luu.. jangan kecoh2.. hahaha

assalamualaikum.. hyee semuanyerr miss u olss.
okeh story leha for this november 2011.. fuhhh tarik nafas lu..
heeeh ada best ada tak best.. biasalah kehidupan kan..
ok2 nak story la nih..n firstly leha nak ucapkan selamat menunaikan haji kepada mak n ayah leha yang kini sedang berada di bumi makkah..semoga ibunda dan ayahnda
tercinta selamat beribadat kepada-Nya
dan selamat pulang..

miss them a lot.. kesunyian yang teramat dirasai oleh kami adik beradik semua..
44 hari pergi.. masak sendiri.. kemas rumah sendiri..basuh baju sendiri.
adoiii capek tuu.. itulah sekarang baru nak sedar.. dulu wat dekk ja kat ma ye.. heeeh
im sorry ma... :D

Everybody around me.. membuatkan diri leha kdg2 ok kdg2 tk ok.. huuhh macam2 hal..
hari ni leha gembira bcoz.. tadi leha ada terlihat di wall kawan leha tuh dia
tuh junior leha .. umur 20 tahun.. alhamdulillah leha tengok dia dah happy
sekarang.. bahagia di samping kekasih dia..
semoga kekal hingga ke
perkahwinan..

sebenarnya boyfrenz junior leha tuh adalah lelaki yang leha minat dulu.. minat+suka.. heeeh nak wat cam na kan.. dah tk da jodoh leha.. leha selalu tersilap
orang dah tuh dok pi tangkap cintan ngan mamat tu..
cinta tepuk sebelah tangan la nih.. hahah.... takpe leha doakan yang
terbaik buat diorang.. kenduri jangan lupa jemput pulak..
heeeh..

jalan2 jadi stalker jap terjumpa la 1 mamat nih.. lelaki yang pernah leha sayang.. cuba belajar untuk menyintai.. tetapi nak wat cam na lelaki tak sabar nak bercinta kan.. so dia pun menoleh ke arah lain la apa g.. bunga bukan sekuntum kan.. haha
well leha jeles ke.. yup im jelous ok..bukan apa..
sedih sebab cinta dia tak kuat untuk leha..
maybe dia ditakdirkan dengan orang len…
n now dia dah ada someone yang lagi cantik dari leha..
comel sangat suit la dengan.. dia.. leha melepas la suda..
haahha takpe la dugaan.. hope dia success dalam
carier dia n life dia..

kawan leha nih baik sangat.. 1 hari tuh leha dah decide nak terima dia.. fikir punya la fikir.. toing!! ha n the answer is.. leha dah ready nak accept him.. n before I tell him that I ready.. oneday..someone girl.. call me.. semasa tangah sedap beradu..

kring kring..

hello.. sape nih??
hello.. nih leha kerr.. ??
yup leha nih.. ni sape..??

2 3 minit dah… sesi Tanya menanya tak abis lagi.. haishhh
saya ……. nak Tanya leha kenal ker dengan ……(lelaki) nih??
yup leha kenal.. kawan leha.. kawan sukan.. haha ayat hentam ja.. tak kan nak kata kawan tapi mesra kot.. aishhh (dalam fikiran sapa pulak dah.. mata dah bling2.. ye la tengah sedap tido… mamai pulak time tuh..) nasib baik tak melalut.. :D

owhh kawan je la??
yerrr(panjang je jawab) kawan ja..
lama dah ke kenal?? lama la jgk.. (padahal baru dua minggu ja.. first time candlelight diner… heeh)
owhh saya ingatkan leha nih gf dia??
haaa tak da la.. kawan jerr..(apasal minah nih banyak soal plak.. ermm nak ape yerr.. ce straight jer..)

awak ni sape.. kenapa call saya pulak?? (leha pulak soal):p
saya nih gf dia!!!
haaaaaaaaa.. ( muka sekupang jerr)
oohhh ye kerr.. dah tuh naper awak call saya??( ha baru nak tersentap yerr makcik)..
saya tukar fon dengan dia… pastuh saya tengok meseg dia.. banyak nama awak.. ingatkan awak nih gf dia.. hehe (ketawa sopan la kononnya)

ha aa sebelum nih saya ada meseg dia.. tapi jalan salah faham pulak bukan gf dia..
( dalam hati hancur hatiku.. mengenang dikau sudah berteman tapi mesra...)
huhuhu

so time tuh.. leha pun tak jadi nak gitau kawan leha.. huhu redha je lah..
haahaha moral of the story.. huhu ntah la..
ko fikirlaaaa sendiri!!!! errrghh

n then leha story.. meet sepet.. penghibur hati leha.. :D
kadang2 leha teringatkan kawan mesra leha tuh.. mungkin dia bukan untuk leha.. tapi kitaorang still frenz.. tapi dah tk mesra.. hahah
leha doakan semoga dia sentiasa bahagia…

mengitung hari.. upsss nak abihkan story yang lepas.. leha sebenarnya tak jadi jumpa sepet.. huhuk.. naperr ye.. ada la sebab musababnyerrr... tkpe la.. nak wat cam na maybe tak da rezeki kan kan.. takpe jangan putus ase.. cuba lagi di masa yang lain... tudia.. hahaha
kenape.... kenape.... kenape... biarlah rahsia.. biarlah hanya leha n sepet jerr yang tahu..
pahit nya rasa bila kita rancang tak jadi kan..
apa2pun mesti diingat kita hanya merancang..
allah yang menentukan segalanya..
(pujuk hati niii..huhuhu)

cuma seketika tuh.. leha hanya mampu mengalirkan air mata bertemankan dengan senyuman kepura-puraan...... aishhh ratu ayaq mata sungguh.. terokkk da tuhh.. urrrm :( nasib baik sepet tak tahu.. sedih tak terkata lahhh..

n now leha still harapkan sepet leha..nak kata tak harap urmm tipu gila lah tuh..
ada ketika nya leha macam tak kenal sepet.. n ada kalanya leha rasa terlalu kenal dengan dia.. huhu ntah la..haha over la plak.. masih setia menunggu ibarat menunggu buah yang belum pasti nak gugur ke tak.. hati merajuk ke kecewa ke happy ke sedih ke.. l
eha tak kisah.. leha serah pada allah…
ha 1 petua kalau rindukan somebody.. especially women.. when we miss someone..
kita jangan lah luahkan pada si lelaki tuh.. ce luah pada yang Esa…
insyaallah dia akan mendengar.. better..
kita nih sebagai seorang perempuan pendam perasaan jerr lahh..
mencegah dari segala2 nya..
hahaha
betul ke tidak????

pic minggu nih ada.. mana boleh tak da.. hahaha activiti leha around xpo konvo uum...





xtream dowhh.. best best


aishhh tak tahan.. tengok keta tuh.. jom.. vrooooommmmm


bila lahh nak jadi tokey beg nih...




keletihan yang terlampau.. ^__^

gudnite alls... ^_^

Friday, November 4, 2011

ombak rindu siyes tak sabar tunggu dah nih..


Ost Ombak Rindu Dan Lirik nyanyian Hafiz Af dan Adira

Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

adira :

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Adira:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

hafiz :

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Monday, October 31, 2011




Lirik Lagu Hatimu Milikku -Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

Sunday, October 9, 2011

Sepet Story_fashion show at dewan warisan


opsssss terlupa la.. ala sory errr hihi leha nk kongsi ngan uolls nih.. seminggu yang lepas leha jadi model sambilan.. even badan tak tinggi lampai macam erra fazira muka tak secantik ashwara rai.. tapi boleh la jadi model kampung nih.. haha tu pun jangan sempat agi jadi wat part time modelling nih.. sempena majlis ladies night persatuan pandu puteri perlis yang diadakan di dewan warisan kangar perlis..

tepat 5 pm.. leha bergegas kelam kelibut jerr i jalan.. terkodek-kodek.. dengan minah siammist sorang.. sape lagi.. miss nor saqliana larh.. my BFF.. dia pun nak jugak jadi model.. pantang jerr dengar ade show.. lajuuuu je sampai.. haha sanggup balik perlis semata2 nak join modelling..
bravo2.. haha ape2 pun thanks to her.. kalau la deyh(panggilan untuk yana) tak balik alamat nya leha pun tak masuk la show tu.. errr malu dowhhh.. so tak terkecuali my lil sis ika.. dia lagi la gorjes coz tinggi lampai kalah erra fazira.. haha macam galah pun ada.. kuikui..(gelak jahat) :D

k back to main point.. haha melalut suda.... my boss mrs.khadija busy so i lah yang take over tempat dia.. so i kena handled budak2 yang jadi model tu la.. apa g.. kecut perut pun ada.. mana dengan time show dah nak dekat dah.. ishh haru biru gak la.. so leha ditugaskan untuk menjadi teacher catwalk yang tak bertauliah pulak.. ermmmm sudah la baju model pun leha kena g amik dekat butik.. pilih lagu arab lagi.. fuhhh kaki nih macam nak lucut ja.. lembik lutut daa...

one two three post one two three post kebas mulut leha asyik cakap benda sama ja.. huhu leha ada la sikit experience bfore this jadi model... so tahu la sikit2.. jadi leha pun ajar la diaorang cara2 nak catwalk.... masa ada 2 jam saja g.. model2 yang lain semua budak2 sek lagi.. so memang diorang tak tahu sangat la.. erghhhh tension gak la leha.. tapi akhirnya jadi jgk la.. coz body diorang semua cun2 belaka.. haishhhh molek gitu.. mau boy pandang meleleh ayaq liuq tuh.. hahaha

kejap mengajar kejap2 pilih lagu.. adoiiii busy sungguh leha time tuh.. p balik p balik dengan hill lagi... p balik nak p mana?? nak cari lagu untuk show tu la masa model catwalk nanti.. so tema untuk malam tuh arabian nite.. fuhhhh glamour uuu....

tengah2 leha busy kan.. sempat lagi gayut dengan sepet.. hihihi leha catwalk pun dok gayut agi..henset tetap dok kat tangan lagi. nak pilih lagu gayut dengan sepet. ishh rimas pun ada tapi rindu.. hahaha angau gila kan.leha busy pun leha tetap akan utamakan dia sebab leha selalu ada untuk dia...cewaahh well biorlah..heeh thanks very much coz sepet sabar je dengar leha wat keja.. kesian sangat kat sepet sanggup tunggu leha.. dah la sepet tu jenis yang cepat naik angin tambah leha pulak busy.. sian kan kat dia.. urmm nasib la.. badan..

k tok sah dok melalut banyak la cik leha oiii jom usha model2 tak bertauliah ni dulu..pic atas stage next entry okeh.. hehek
sweet viewing.... ^_^

























p/s: teacher dia pun nak jadi model gak.. hihihi







Sepet Story_Menghitung Hari

Test test.. 1 2 3.. ehem ehem.. hyep semua.. siyes leha rindu sangatttt.. lama sangat leha tinggal piece of story kan.. urmmm keadaan tak mengizin leha nak update entry baru.. apa2 pun leha mintak maaf bebanyak kat uolls yerr...

ape cerr?? macam ni lah.. sentiasa jadi busy women.. ni pun leha curi time leha tido.. ish2 sampai macam tu skali lah.. leha leha ermmm.

sepet story... mesti nak tahu kan hehek
15/10/2011 hari yang leha nantikan selama nih.. sedang menghitung hari rasa macam lambat la plak.. ada ape yerr ari tuh.. actually hari tu adalah first date leha dengan sepet.. yup leha akan jumpa sepet next week.. so siyes tak sabar nak jumpa dia.. perluu kerr.. sebenarnya leha tak letak harapan yang tinggi pun.. cuma ye la kita manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan.. kalau ada jodoh.. jumpa la leha dengan sepet..

dekat mna yerr?? ada la mana boleh gitau.. leha dengan sepet still berkawan... so leha bahagia dengan keadaan tu.. even amy pernah kata pada leha.. " kalau la 1 hari nanti ang dengar dia ada pompuan len macam mana??" sanggup ke aku dengar?
dulu leha kata leha dah ready semua nya.. tapi sekarang ntah la.. kadang2 setiap hubungan tu ada naik ada turun... so tak menentu ada baik ada gaduh kan.. so pandai2 kita lah bagaimana nak mencorak kan ia betul dok..

i don't want to think about it so much. i won't look for it coz love is something natural. that is why it is call "falling in love". we don't force ourselves to fall. it just happen. I'm completely happy with my life now and wouldn't wish to look back but move forward into becoming the best that i could be.

sometime leha ni penting n smtime tu.. leha ni macam tak da apa makna pun bagi sepet.. tapi leha selalu pujuk hati leha leha akan selalu faham dia.. so better i mengalah kan. tk beerti i mengalah i kalah kan.. so renung2 kan.. heeeh

miya wedding.. ehh silap miya's sis wedding actually.. seminggu yang lalu.... even leha busy tapi leha tetap akan ada masa untuk kawan2 leha.. sebab tu la leha tak da bf.. ye la mana ada kawan boy pun.. sepet sorang je la buah hati jantung leha.. kui kui... leha n de geng berholiday di lost world tambun bfore g umah miya.. nak habaq nih besttt wooo baik ampa tok sah p ishhh2..confirm duit licin nanti.... mahai dohhh. 2 hari 2 malam.. just leha amy, bitbit, tenten n the only one the man is hazwan.. ahaha dia style muka tembok tk kisah la join kitorang skali pun..

percutian yang tak dirancang.. lain yang rancang lain yang jadi nya.. n leha alwys tersepit dekat tengah2 haishhh malassss cam nih.. ( dengan mimik muka yang tak leh blah)

2 hari 2 malam dengan si kancil tenten so macam tin sardin jadinya.. tapi kenangan tu..best sangat leha hepy dengan diorang n sayang diorang sangat2.. coz diorang sentiasa ada di kala susah n senang... best frenz forever n ever...

pic tak sempat nak upload.. insyaallah next entry okeh..

my new job.. actually lama dah nk story.. kan leha busy so memang tak sempat la nak gitau uolss... k sale gurzl..memang tak dapat dipisahkan.. lagi leha lari lagi dikejarnya.. cuma beza nya.. leha naik pangkat skit la dari keja lama.. hehe as assistant manager at First Quality Enterprise.. at my cousin company.. keja letih teruk semua ada.. company apa erkk?? company jual beg baju kasut aksesori n kosmetik..so leha selalu wat keja outdoor.. bukak booth merata2. muka leha jadi sekupang dah pun.. tak kisah la kan orang nak kata apa.. janji keja halal kan.. alhamdulillah company bagi sejibik keta doh.. petrol ditanggung.. makan minum.. urmm kiranya g keja je la...

tapi im enjoy it.. coz leha willing to do it.. kalau kita keja apa2 pun la.. kalau tak ada willing nih memang tak jadi la eventho gaji ko dapat 2k pun.. betul tak? cuti leha tak menentu tido leha pun kadang2 tak menentu.. betul leha memang tak kisah semua tu. coz leha nak bagi full commitment disebabkan 3 perkara..

first skali becoz permohonan leha untuk further my study for degree is rejected..
secondly forgotten someone..n look about my future..
lastly for my parents.. dunia sekarang semua nya bermain dengan duit.. leha memang crazy about money.. but its for my parents.. n diredhai oleh Ilahi..

alhamdulillah dengan keadaan sekarang Allah memberikan leha kesihatan yang baik syukur sangat2.. kalau sakit nak keja apa pun susah kan.... n about my frenz miya.. leha akan sentiasa doakan agar dia depertemukan dengan jodoh yang baik....

k otak pun dah beku dah nih.. gudnite alls.. take care..

P/s: miss much mr.eser... tweet tweet
esok sepet g kursus seminggu.. semoga perjalanan dia selamat sampai di destinasi.. miss him much than mr.eser.. hahak :P







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...