Monday, May 28, 2012

Tehpong Story




Assalamualaikum…

      Bergegas dari kangar ke pauh, kenderaan empat tayar, body bersaiz kancil berwarna putih memecut kencang untuk sampai ke destina. Macam skema pulak bunyi. Habis ja berjogging di denai aku bergegas pula untuk bekerja sebagai buruh kasar dengan ayah aku.  Takut terlewat sampai di pasar malam sebenarnya, tu yang pecut sakan tu.
Sedang saja aku melakukan rutin harian aku. Tertiba ada makhluk allah, muka innoncent ja dia siap buat round about lagi dekat aku. Eh epe ke hal pulak dengan kucing kurap nih. Dah la penuh kurap di badan, kerempeng pulak tuh. Tak cukup zat nih. Dah macam penyakit exophrenia dah.

     Shuh shuh p main jauh-jauh. Dia buleh pulak wat muka Selenge dia tuh. Meluat pulak aku tengok kucing nih. Rasa-rasa macam nak sepak je. Haih bila fikir balik manusia kejam gila ke aku nih. Haha. Tak sampai hati pulak aku. Sebelum sampai tadi aku sempat beli sikit apom balik(kuih apam). Ish tak cukup nih. Aku pun lapar tahap apa dah nih. Kedekut pulak!! Dia dok wat muka kesian dia tuh, menyampah je nengok, so aku bagi la sikit dekat kucing terbiar nih. Haishh kesian pulak.

     Lepas ja makan terus ja happy siap main-main lompat lagi. Haih ni dah lebih dah nih. Main-main dengan kaki aku pulak. Kang terpijak, free ja nyawa ko melayang. Dah la masa tengah drive aku nyaris-nyaris nak excident. Memang thriller jugak la. So mood aku masih tak stabil, macam trauma gitu. Jantung aku tertiba lak boleh rasa sakit ngilu semacam ja. Mau taknya, terkejut dengan tiba-tiba, macam tu lah kot orang yang dapat serangan sakit jantung. Haih mintak simpang  malaikat 44. Jauhilah aku daripada sebarang penyakit Ya allah. Alhamdulillah nyawa aku masih panjang. Syukur-syukur.

     Dalam mood yang tak baik tu tiba-tiba kucing nih buat manja-manja dengan aku pulak. Dah berapa kali aku halau dia still lagi ada kat sebelah. Diam ja duduk. Kepala dia siap wat muncung lagi. Dah la muka panjang. Suddenly kan aku rasa kesiannya kat dia, mesti lahir tak cukup umur nih. Mak ayah mesti dah mati kan. Ntah-ntah tragis apa life dia sebelum nih nak support diri sendiri. Dah la baby lagi. Alahai boleh pulak aku tersentuh dengan kucing jalanan nih.

       Niat di hati dah lama dah nak bela kucing. Tapi tak nak kucing jalanan, tak mau la kucing kurap. Nak yang kucing parsi, gebu bersih. Haha Amoih kau demand gila. Bila aku pandang ja muka dia. Rasa sejuk lak hati aku. ermmm
Mulut aku ringan ja cakap “kalau nak ikut aku balik kau duduk sini sampai aku habis kerja. Kalau kau p merayap mana-mana kau ikut lah jalan kau sendiri” 10 minit kemudian lesap terus kucing. Haih tak mengenang pulak kau. Kacang lupakan kulit la tu.

       Selesai saja mengemas, aku mula nak bergerak and then terkejut aku tertiba ada pulak kucing nih. Haih nak tak nak kena ambil jugak lah. Dah aku p dok wat perjanjian dengan dia. Ermm mula-mula tu kan malu gila nak habaq nih. Haha idea datang tiba-tiba, aku capai plastik pastu campak dia dalam tuh fuhh lega. Haha malu kot nanti orang nampak aku amik kucing jalanan. Terus selinap masuk dalam kereta. Haha selamat dah sampai di rumah.

      Sampai ja rumah terus aku mandi dia. Aku guna berus sabut kot nak sental badan busuk dia masyaallah. Adik aku ngee busuk la geli la. Ha nanti kau, tak payah nak main dengan kucing baru aku nih. Mak aku pulak siap bagi warning. Kalau berak kencing merata-merata buang terus. Adeh nasib kau lah gonzalez.



hitam putih diberi nama tehpong @ gonzalez.. nice to meet u olls




      Kau dengar tak. Gonzalez aku bagi nama dekat dia. Sebab badan dia kurus aku bagi nama tuh la. Sebabnya masa aku main hoki dulu-dulu coach aku pernah bagi nama dekat aku gonzalez sebab aku lari laju dan kurus. Haha dan-dan angkat bakul sendiri.
Siap letak bedak baby Johnson lagi. Kecik-kecik dulu aku pun tak pakai baby Johnson kau tau. Bedak talcum cap bunga ja aku pakai. erghh


ha tengok suka gila dia dengan bedak.. ishh rugi bedak aku.. erghhh


                                      

alololo budak tecik...


     Wangi la sikit badan dia, ha Nampak la macam kucing kaya kan, daripada  muka persis jalanan ja. haha penyanyang tak aku?
Suka buat manja kucing nih. tersentuh pulak hati kecik aku nih bila pandang muka Gonzalez tuh.. macam ada sumthing ja dekat raut wajah dia.. haha tak leh blah..


                                    


mengantuk sangat la tu.. heeh
                                                     

manja pulak dia.. mengantuk sebab baru lepas mandi.. 


part nih paling menyentuh hati.. 
kau tido sini yerr jangan nak sedap-sedap tido atas katil aku pulak.. 
nah aku bagi bebear lagi kat kau.. ha untung tau dapat tuan macam aku..
terus dia peluk bebear tu.. manja sangat.. biasa awal lagi mesti dengar kata. heeh

muka pun kerempeng.. 

      Dua minggu kemudian, Gonzalez menjadi seekor kucing yang diminati ramai. Banyak peminat beb. sampai kan mak ayah aku pun sayang gila dekat dia. haha adik aku pulak, siap gaduh-gaduh lagi dengan aku sebab nak tidur dengan dia. Kucing ini disayangi oleh semua family aku. Disebabkan nama Gonzalez tu terlebih komersial mak aku letak nama tehpong. sebab badan dia puteh campur hitam. bertampung sikit so letak nama tehpong. tengok mak aku pulak jadi tuan dia.. haha mai dekat mak maihh maihh meow meow.. hahaha lawak gila mak aku..



time aku tengah guna lappy... nak pulak menyempit tepi kaki aku.. kaki aku wat bantal pulak..
kusyuk pulak tu tido.. adeyhh


      sesungguh nya kucing itu adalah makhluk allah dan juga salah satu haiwan kesayangan rasulullah s.w.t. Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.Setiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya.


      Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).



     Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri. Apa lagi, jom la bela kucing.. menceriakan hidup ku setiap hari.

p/s : kucing jalanan pun takpe asalkan niat di hati baik membela kucing.




tido kalah tuan dia nak kena ada bantal baru nak tido.. haishhh









                                                         lenguh pusing belah sini pulak..


                           semoga hari-hariku ceria bersama tehpong..    selamat malam semuanyer..






Friday, May 18, 2012

Tips Resume



bismillahirrahmannirrahim..

just nak share dengan korang semua tentang tips resume. especially pengganggur terhormat tu ye. well macam aku la. kalau nak menghadiri interview jangan la korang lupa nak bawak benda alah ni pulak k. kalau teks ucapan bagus resume lagi la kena bagus. tapi resume bagus pun tak guna teks ucapan berterabur. so be prepare okeh jum bace nih

Tips Resume

                                        gambar tak sesuai (x)                gambar sesuai  (/)

A resume is a summary of all your education background, experiance and skills that are relevant to the job prospect that you are applying for. A good resume is able to highlight all the accomplishments as to show to the potential employer that you are the most qualified person for the job.
A resume muct select your abilities to carry out the job well and will be able to stand strong above all the encounters that the company might have in their competing operation. Once you decide to write a resume, the guidelines below will be important to follow:

1.       Your contact information
-your full name
-your full address
-your phone number
-your email address

2.       Objective
-The objective meant to tell the employer what you want to do in the job field you need to include a sentence or two about your employment goals that clearly describes why you are the perfect candidate for the job.

3.       Carrer summary / highlight
-This is most important section that will always be the focus of a resume. This section list all your achivements, skills and experiance that are relevant to the position for which you are applying for. It highlights your relevant experience and lets the prospective employer know that you have the strong convincing factors one should be have for the job.

4.       Experiance
-this section reflects you in the previous time history. It can look good or bad depending on how you had performed in the company before. If you have jumped into many job, you may need to explain why you did  so and convince that you are always trying to find a better offer that suits your qualification and aspiration. The dates and company’s name is needed in this section.

5.       Skills
-You must also include skills related to the position that you are applying for, example language skills, computer skills, typing skills and communicating skills.

6.       References
-if you have someone that could explain that about yourself, positively, you should include their name and contact number in the reference section. Most often someone from the previous company will be the best person to refer to. However, reference is normally made upon request, so, make sure you prepare one should they ask for it in the interview.



*always check all the content, spelling and format or resume  before you submit it to the company . this is very important to help you avoid the most common mistakes that people unknowingly make. This guide is sure to help you understand the nuances of how to write a resume effectively.


Have a nice reading
p/s: haha ade ke patut banding muka aku dengan lisa.
lau dia tau mampus aku.

Tuesday, May 1, 2012

Segmen: Blogwalking dan Follow by Nurul Aisyah





cik sakura ada wat segment Blogwalking dan Follow by Nurul Aisyah 
klik sini untuk maklumat lanjut k. cik sakura 

tag kepada: peyot tembikai
               mia nia
                  zyash





Sunday, April 29, 2012

Tutorial: Cara Daftar nuffnang


Assalamualaikum

Blog tanpa nuffnang adalah blog yang sangat-sangat rugi sekali. Adakah anda tahu betapa berharga dan bernilai nya setiap blog yang mempunyai akaun nuffnang.. Tuudia Ayat.haha
okeh beberapa hari yang lalu leha log in nuffnang, saja la nak usha cik nuffnang ni dah lama dah leha tak chek kot-kot dapat sumber. 
and lastly i see this. 



hahaha dua kupang lima duit..  korang gelak kat aku kan.. cett kureng asam betui
takpa cek!!!

dengan auto nya mata leha jadi bling-bling. OMG!! yahoo suka gila doh. dok ngeryih(senyum) sorang-sorang macam kerang busuk. haha padahal rm o.25 ja pun kan. Ini baru beginning rite.  ishh kecoh ja kan leha nih. haha kalau blogger lain mesti diorang gelak kat aku nih. haishh ala diorang tu dah beratus beriban dah kau nak tau. kita ni dok jadi katak bawah tempurung. heh Ini baru beginning rite.

serius aku tak sangka at last nuffnang bagi juga kat aku.  haha ini baru 0.25  mana la tahu satu hari nanti dia jadi rm 25,000.00 lak ka. mana la kita tau kan hehe tedia mau berangan memang tinggi macam gunung. 

Ye la kalau kita sentiasa update blog, mesti  blogger-blogger yang lain akan jenguk blog kita kan. So daripada dok update entry penat-penat kan, ape pun pun tak boleh. manyak rugi oo. 
so pejamkan lah mata anda dengan nuffnang nih. wat saving for long term untuk tambahkan pendapatan kita rite. jom join dengan nuffnang..
thanks nuffnang. ^_*


1. okeh masuk nuffnang dulu yep.
sign up as Blogger 

Lepas tu ikut step dia lerr ape gi. 

teringin juga nak dapat side income bulan-bulan cam blog idola leha nih. 
fatin liyana tiap-hari baca entry dia. best-best. 

ha untuk bff leha mia nia and peyot tembikai what are u waiting for.. 
klik now. 


Cara-cara nak letak iklan nuffnang

 Nampak tak icon yang ditandakan bulat? Klik dekat situ :


 Ada nampakkan kod-kod tuh . (Leaderboard , Sidebar , Between Contants!)
 Letak di Leaderboard (Atas Header) :


STEP 1. Log in >Dashboard > Design > Edit Hmtl > Add Gadjet



Add HTML/JavaScript
Copy Kod LeaderBoard daripada nuffnang warna biru tadi, then , paste kod di bawah header. 


Save!!!

STEP 2. Letak Di Sidebar :

ulang ja perkara yang tadi 
 Log in > Dashboard > Design > Edit Hmtl > Add Gadjet
 Copy Kod Sidebar , then , paste di bawah kod yang korang carikan tuh 




Save!!!

kod saja yang beza okeh.

okeh step seterusnya beza sikit dari yang pertama dan kedua. 
iklan nih akan ada di setiap entry blog. 

Selepas copy code iklan Nuffnang di step 3, paste kan code iklan Nuffnang di bawah code
supaya iklan terletak ditengah dan nampak lebih kemas.


STEP 3: Letak di Setiap entry blog
1)Kemudian berbalik pada blog, untuk ke “edit html “dengan pergi pada 
Dashboard>Design>Edit HTML
2) Klik Download full template sebagai backup.
3) Tick Expand Widget template.
tekan ctrl serentak dengan 
akan keluar di atas sebelah kanan

copy 
----> paste kan code nih di sebelah kanan atas 
pastuh enter.

Akan keluar macam nih. Nampak tak tulisan warna kuning tuh. 


Paste kod nuffnang yang korang cari tadi tuh di bawah kod warna kuning nih  , ok ? 
contoh 



CODE IKLAN NUFFNANG
macam di atas tuh.

Klik preview dan save jika tiada sebarang error pada coding. Kadang-kadang naik error takpa cuba view tengok. 
kalau dah try banyak kali tak boleh jugak!!! erghh

wat lagi dan lagi. hehe
insyaallah berjaya.
leha pun try banyak kali and then ni lah hasil nya =>


wah wah ^_*

selamat mencuba...
p/s: kalau dah jadi sila lah bagi feed back tq-tq


Monday, April 23, 2012

Movie Time: Battleship wif frenz



Assalamualaikum

Bila bersama kawan-kawan semua masalah hilang, juga boleh menghilangkan stress atau pun tekanan mental. So refresh your body and your brain kita pergi tengok wayang sekali sekala takpa. dua kali kau memang mengada la. tengok wayang juga boleh merehatkan badan dan exercise mata anda k. sebab kalau tengok wayang selama dua jam mata anda sepenuhnya celik luas-luas apatah lagi apabila anda tengok wayang versi thriller macam battleship nih. 


pakwan hidung mancung macam orang pakistan.


leha n bit-bit
time tunggu amy and hers scoot.
time nih jugak la temperature nak naik.. erghhh

Sinopsis

   
        "Alex Hopper (Taylor Kitsch - John Carter), nama pun cun muka lagi la hensem beb, meleleh air liuq nihhh haissh.. merupakan penggangur yang suka mencari masalah hudoh benor perangai dia. Ketika meraikan harijadi bersama abangnya Stone Hopper (Alexander Skargard - Straw Dog, 13) abang hero pun hensem aihh, beliau sekali lagi mendapat masalah apabila memecah masuk kedai runcit untuk mendapat Chicken Burito bagi memikat Sam Shane (cun abihh awek hooper nih). Ini membuatkan abangnya berang memandangkan Sam ada anak perempuan kepada Admiral Shane yang merupakan Laksamana US Navy. Abangnya memberikan kata putus agar dia turut menyertai Navy. haha ayam burito


      Setelah menyertai Navy, Hopper bertunang dengan Sam, akan tetapi, dia masih seorang yang tidak bertanggung jawab dan suka mencari masalah walaupun diketahui sangat berbakat. Ketika US dan beberapa negara lain (Malaysia pun ada disebut) sebab tu kena tengok, melakukan exercise (latihan ketenteraan laut), mereka dikejutkan dengan pendaratan kapal aneh yang kemudiannya memerangkap mereka dalam satu "Shield" dimana mereka tidak dapat dihubungi oleh dari luar. Kapal aneh ini bagaimanapun terdiri dari ekspedisi 5 kapal yang menuju ke bumi. Ia secara kebetulan tiba setelah US dan NASA menghantar satu isyarat khas melalui satelit yang bertujuan untuk berkomunikasi dengan sebuah planet yang dikatakan seakan Bumi. Ingatkan bumi walhal alien amik ko.. 

 "Alex Hopper (Taylor Kitsch - John Carter)

Stone Hopper (Alexander Skargard ) abg hero

rihanna pun ada. dia sebagai anak buah alex hooper.. smart style dia.. 

Sam Shane  ha nih la awek alex hooper..
chicken burito.. ^_*

           Antara 3 kapal yang terperangkap dalam "Shield" tersebut, 1 diketuai oleh abangnya Commanding Officer of USS Sampson, 1 kapal kecil oleh Hopper dan 1 kapal milik Tentera Jepun yang diketuai Nagata, nagata nih boleh dikatakan sebagai rakan seperjuangan dengan alex. Diorang berdua sebenarnya tak berapa nak ngam..bila jumpa asyik nak gaduh ja.. memang lawak lah..  Setelah menyedari Kapal Asing tersebut memiliki teknologi yang sangat canggih dan boleh memusnahkan mereka sekelip mata. Mereka terpaksa menyerang dimana Stone Hopper dan anak kapalnya mati kemudiannya. Setelah kematian abangnya, Alex Hopper terpaksa mengetuai Angkatan Kapal tersebut.....ha sampai part nih memang sedih la...so Alex kena ambil tugas abang dia sebagai ketua... "

alien : hudoh sangat-sangat muka dia.errrr

           Secara keseluruhannya, Battleship bermula agak perlahan, tetapi, aksi-aksi dan lawak santai  yang ditonjolkan agak mendebarkan dan memang superb lah selain membuatkan penonton pasti tak senang duduk. Aku sampai lenguh bontot.  Kalau anda peminat cerita aksi, robot dan sebagainya, Battleship adalah salah satu filem yang anda perlu tonton. Di Malaysia, Battleship sudah pun ditayangkan bermula 12 April 2012.


               okeh aku sebenarnya tak sampai hati nak melukakan hati kawan-kawan aku, so aku pun beli la tiket once again.. haha two times watch. serius best, i like thriller.. so siapa-siapa yang tak tengok lagi.. move la ke panggung wayang. tak rugi tengok.. cuma aku ja yang rugi. tengok battleship yang biasa dengan 2D. abang jual tiket cakap, 2D nih dia download terus, so effect movie dia lebih extream sikit dari yang biasa.. well aku tengok biasa ja. Harga ja beza normal batlleship  RM 10, 2D battleship RM 12. huhu tak pa la ala dua hinggit ja.. cess haha

          Tengok wayang dengan kawan-kawan aku memang crazy la. riuh rendah ja dalam panggung.. pesanan kepada semua jaga lah rakan-rakan anda. ^_*

The Avengers next- tak sabar nak tunggu, yang nih pun thriller juga. weeee

Assalamualaikum..







My Novel : Buat yang tersayang



 

  Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu. 

   Belum pun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.

   Perwatakan syira yang bijak dalam segala hal sedikit-demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira.

   Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya? Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi..

* Cerita ini santai je. penulisan dia sangat baik.. jom nak sambung dah ni... weeee


Buat Yang Tersayang
Maya Rasyidah

Harga: RM 19.90
Halaman: ~496
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 26 Nov 2011

Have a nice reading ^_*


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...