Monday, November 28, 2011

-Anda di mata orang lain-




Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

sesungguhnya.. hargailah nilai diri kita sendiri.. luv much -leha-

Couple=cinta?

Couple=cinta? Saya kata tidak.

Bicara cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya soalan berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah tak ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya kata ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”

Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?

Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.

Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.

Apa itu cinta

Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini.

Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.

Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.

Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.

Yang saya kata bercinta sebelum kahwin

Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.

Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.

Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.

Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.

Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.

Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.

Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali.

Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.

Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.

Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?

Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.

Siapa kata tiada? ^^

Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

Pernah dengar ayat macam ini?

Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^

Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?

Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

USAHA.

Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

Kalau pendam sahaja buat apa?

Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.

Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.

Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.

Tawakkal Buta?

Jangan sekali.

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

Cinta sebelum kahwin ada.

Dan.... Siapa kata couple=cinta?

Boleh tukar definisi tu semula. ^^


~ seorang hamba,

P/S: renung-renungkan.. peace no war..

Saturday, November 5, 2011

Amalan Ayatul Kursi







Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

p/s : selamat beramal.. renung-renungkan... hehe

Sepet Story_termenung seketika

dalam kata adat berbicara.. dalam kenal adat manusia...dalam sendu ada ketawa..
dalam gelap ada cahayanya....

1/11/2011 dah lepas dah.. rini 5/11 /2011 dahh.. heeeh saja ja nk imbas tarikh tu...
tak da pa pun lex luu.. jangan kecoh2.. hahaha

assalamualaikum.. hyee semuanyerr miss u olss.
okeh story leha for this november 2011.. fuhhh tarik nafas lu..
heeeh ada best ada tak best.. biasalah kehidupan kan..
ok2 nak story la nih..n firstly leha nak ucapkan selamat menunaikan haji kepada mak n ayah leha yang kini sedang berada di bumi makkah..semoga ibunda dan ayahnda
tercinta selamat beribadat kepada-Nya
dan selamat pulang..

miss them a lot.. kesunyian yang teramat dirasai oleh kami adik beradik semua..
44 hari pergi.. masak sendiri.. kemas rumah sendiri..basuh baju sendiri.
adoiii capek tuu.. itulah sekarang baru nak sedar.. dulu wat dekk ja kat ma ye.. heeeh
im sorry ma... :D

Everybody around me.. membuatkan diri leha kdg2 ok kdg2 tk ok.. huuhh macam2 hal..
hari ni leha gembira bcoz.. tadi leha ada terlihat di wall kawan leha tuh dia
tuh junior leha .. umur 20 tahun.. alhamdulillah leha tengok dia dah happy
sekarang.. bahagia di samping kekasih dia..
semoga kekal hingga ke
perkahwinan..

sebenarnya boyfrenz junior leha tuh adalah lelaki yang leha minat dulu.. minat+suka.. heeeh nak wat cam na kan.. dah tk da jodoh leha.. leha selalu tersilap
orang dah tuh dok pi tangkap cintan ngan mamat tu..
cinta tepuk sebelah tangan la nih.. hahah.... takpe leha doakan yang
terbaik buat diorang.. kenduri jangan lupa jemput pulak..
heeeh..

jalan2 jadi stalker jap terjumpa la 1 mamat nih.. lelaki yang pernah leha sayang.. cuba belajar untuk menyintai.. tetapi nak wat cam na lelaki tak sabar nak bercinta kan.. so dia pun menoleh ke arah lain la apa g.. bunga bukan sekuntum kan.. haha
well leha jeles ke.. yup im jelous ok..bukan apa..
sedih sebab cinta dia tak kuat untuk leha..
maybe dia ditakdirkan dengan orang len…
n now dia dah ada someone yang lagi cantik dari leha..
comel sangat suit la dengan.. dia.. leha melepas la suda..
haahha takpe la dugaan.. hope dia success dalam
carier dia n life dia..

kawan leha nih baik sangat.. 1 hari tuh leha dah decide nak terima dia.. fikir punya la fikir.. toing!! ha n the answer is.. leha dah ready nak accept him.. n before I tell him that I ready.. oneday..someone girl.. call me.. semasa tangah sedap beradu..

kring kring..

hello.. sape nih??
hello.. nih leha kerr.. ??
yup leha nih.. ni sape..??

2 3 minit dah… sesi Tanya menanya tak abis lagi.. haishhh
saya ……. nak Tanya leha kenal ker dengan ……(lelaki) nih??
yup leha kenal.. kawan leha.. kawan sukan.. haha ayat hentam ja.. tak kan nak kata kawan tapi mesra kot.. aishhh (dalam fikiran sapa pulak dah.. mata dah bling2.. ye la tengah sedap tido… mamai pulak time tuh..) nasib baik tak melalut.. :D

owhh kawan je la??
yerrr(panjang je jawab) kawan ja..
lama dah ke kenal?? lama la jgk.. (padahal baru dua minggu ja.. first time candlelight diner… heeh)
owhh saya ingatkan leha nih gf dia??
haaa tak da la.. kawan jerr..(apasal minah nih banyak soal plak.. ermm nak ape yerr.. ce straight jer..)

awak ni sape.. kenapa call saya pulak?? (leha pulak soal):p
saya nih gf dia!!!
haaaaaaaaa.. ( muka sekupang jerr)
oohhh ye kerr.. dah tuh naper awak call saya??( ha baru nak tersentap yerr makcik)..
saya tukar fon dengan dia… pastuh saya tengok meseg dia.. banyak nama awak.. ingatkan awak nih gf dia.. hehe (ketawa sopan la kononnya)

ha aa sebelum nih saya ada meseg dia.. tapi jalan salah faham pulak bukan gf dia..
( dalam hati hancur hatiku.. mengenang dikau sudah berteman tapi mesra...)
huhuhu

so time tuh.. leha pun tak jadi nak gitau kawan leha.. huhu redha je lah..
haahaha moral of the story.. huhu ntah la..
ko fikirlaaaa sendiri!!!! errrghh

n then leha story.. meet sepet.. penghibur hati leha.. :D
kadang2 leha teringatkan kawan mesra leha tuh.. mungkin dia bukan untuk leha.. tapi kitaorang still frenz.. tapi dah tk mesra.. hahah
leha doakan semoga dia sentiasa bahagia…

mengitung hari.. upsss nak abihkan story yang lepas.. leha sebenarnya tak jadi jumpa sepet.. huhuk.. naperr ye.. ada la sebab musababnyerrr... tkpe la.. nak wat cam na maybe tak da rezeki kan kan.. takpe jangan putus ase.. cuba lagi di masa yang lain... tudia.. hahaha
kenape.... kenape.... kenape... biarlah rahsia.. biarlah hanya leha n sepet jerr yang tahu..
pahit nya rasa bila kita rancang tak jadi kan..
apa2pun mesti diingat kita hanya merancang..
allah yang menentukan segalanya..
(pujuk hati niii..huhuhu)

cuma seketika tuh.. leha hanya mampu mengalirkan air mata bertemankan dengan senyuman kepura-puraan...... aishhh ratu ayaq mata sungguh.. terokkk da tuhh.. urrrm :( nasib baik sepet tak tahu.. sedih tak terkata lahhh..

n now leha still harapkan sepet leha..nak kata tak harap urmm tipu gila lah tuh..
ada ketika nya leha macam tak kenal sepet.. n ada kalanya leha rasa terlalu kenal dengan dia.. huhu ntah la..haha over la plak.. masih setia menunggu ibarat menunggu buah yang belum pasti nak gugur ke tak.. hati merajuk ke kecewa ke happy ke sedih ke.. l
eha tak kisah.. leha serah pada allah…
ha 1 petua kalau rindukan somebody.. especially women.. when we miss someone..
kita jangan lah luahkan pada si lelaki tuh.. ce luah pada yang Esa…
insyaallah dia akan mendengar.. better..
kita nih sebagai seorang perempuan pendam perasaan jerr lahh..
mencegah dari segala2 nya..
hahaha
betul ke tidak????

pic minggu nih ada.. mana boleh tak da.. hahaha activiti leha around xpo konvo uum...





xtream dowhh.. best best


aishhh tak tahan.. tengok keta tuh.. jom.. vrooooommmmm


bila lahh nak jadi tokey beg nih...




keletihan yang terlampau.. ^__^

gudnite alls... ^_^

Friday, November 4, 2011

ombak rindu siyes tak sabar tunggu dah nih..


Ost Ombak Rindu Dan Lirik nyanyian Hafiz Af dan Adira

Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

adira :

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Adira:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

hafiz :

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...