Thursday, July 19, 2012

Sepet Story_Johor Bharu Part 3



Assalamualaikum...

Johor Bharu, ku sangkakan tiada lagi Johor Baru, ku sangkakan tiada lagi sepet story. siapa sangka siapa duga semuanya ketentuan ilahi. alhamdulillah syukur untuk kali ke kedua aku selamat menjejakkan kaki di bumi Johor. jauhnya bukan kepalang lah. kebas buntut aku duduk dalam bas selama 13 jam. hehe 
alhamdulillah dengan jayanya trip kali ini dah selesai setibanya kembali aku di perlis pada jam 11 pagi tadi.

trip reunion dengan rakan-rakan hoki aku masa zaman muda-muda dulu. eceh sekarang dah tua ke. bukan la tua cuma dah matang so dah tak boleh main hoki dah. 

Dengan kesempatan yang ada kitorang planning untuk satu reunion di Johor Bharu sempena pertandingan hoki antara politeknik, MSP. Rindu yang teramat sangat. Best gila boleh jumpa kawan-kawan aku yang berada di perantauan sana. bukan senang cek oii nak jump semuanya dok jauh-jauh. paling jauh aku lah, paling penat pun aku lah.. hehe kitorang menginap di politeknik Johor Bharu. memang hulu la nak habaq ang nih. well syukur semua nya free. 

Pada mulanya hati sudah tidak mahu berjalan jauh nih. memikirkan keadaan aku yang serabut. Salary aku pun tak masuk-masuk lagi nih. dah sebulan lebih dah kerja. buntu betul aku. Mula-mula tak nak pergi. pastuh rasa nk pergi pulak. bajet pulak lari. tukar lagi ermm tak yah p lah. nanti ada rezeki mesti jumpa lagi kan. last-last sampai jugak aku. haha itulah akrabnya aku dengan besties-besties aku semua. Aku fikir peluang nih datang sekali sekala, kadang-kadang tak boleh nak jangka. 



Ha amik kau. dengan travel beg lagi aku angkut. duduk juga dalam perut bas. ontheway to Johor Bharu. 


alang-alang dah transport free, penginapan free aku pun on je lah. ok mesti sebab nak pergi jumpa sepet kan. tak ada kena dengan sepet k. Dia sememangnya ada di sana ja. sebab handle budak-budak poli nak game. kiranya asst.coach jugak lah. hati aku hanya allah saja yang tahu. Tak rasa berdebar masa aku pergi JB sebelum nih. kali nih, hati aku nak pergi dengan kawan-kawan saja. cewah ayat kan. Cuma aku tak tahu macam mana la nanti nak berdepan dengan sepet. Masih dengan angan-anganku tentang sepet, cuma harapan aku dah tinggal kenangan. sedih la pulak.  ^_^

Pada mulanya, sepet tak tahu kehadiran aku di JB. seminggu sebelum aku pergi JB, dia ada bertanyakan, pergi tak tengok game di JB nanti? kiranya macam dia ajak jugak la. Aku dah mula berangan lagi. Ya allah aku nak buang jauh-jauh rasa aku dekat sepet nih. tapi seperti aku diuji saja kan. Jawapan aku adalah aku tak dapat cuti. Bukan main suka lagi aku tipu dia. konon-konon nak surprise lak erk. At last aku yang tersurprise, nah padan muka aku. 

well aku memang suka wat kerja gila kan. mulut kata tak nak pergi, tapi hati dah ready nak pergi JB. apa pun yang terjadi nak pergi jugak. Aku tak tahu dari mana hati aku nekad, mula la wat part time jual ayam goreng tiap-tiap hari. disebabkan gaji aku tak masuk lagi. haha tragis jugak la nak kumpul duit seminggu ja lagi trip kami nih. tak ke aku nih terlalu obsesse. errghh pa-pa ja lah. Satu minggu kerja teruk siang malam, berjaya jugak cari duit alhamdulillah rezeki allah Taala ada di mana-mana saja. yang penting usaha, doa, tawakal.

Pergi jugak kau yerr cik leha. semoga dirahmati olehNya. tup-tup amik tiket bas ke sungai petani, tidur di rumah kawan aku dulu before nak ke JB dengan menumpang bas PSP. wahwah muka excited doh nak jumpa baby aku Nur Qaseh Delisha. nih la yang sebetulnya, aku nak jumpa anak angkat aku di JB. heeeh  muda-muda lagi dah ada anak angkat wahhh.

4 may 2012,Jumaat
Habis saja kerja, aku gegas cari tiket ke sungai petani. suka wat kerja last-last minit. naik bas jam 6.45 adeyhh letih benor perjalanan. ye la tak sempat rest terus ke stesyen bas. dengan membonceng motorcycle wave kaler oren wif sis ikah, nikmat allah hujan pulak turun time tu. Tak ada hal la, merempit jugak. adoii pecut kencang kot. haha


siti hazwanie, lebih manis dipanggil adik wani. tapi aku selalu panggil dia kecik. sebabnya dia terlalu kentot bagi aku. haha kuang jaqq haha 'maafkan saya.' versi zizan raja lawak.



Together-gether. Time ontheway ke Johor Bharu. Apabila sahabat yang sudah lama tidak berjumpa beginilah rasanya. Bila rasa gembira kita tangkap gambar. ^_*


ontheway to Johor Bharu. we us meet again.
dari kiri deyh yanaq, deyh oye-oye, deyh wanie. 


sampai dah stadium hoki taman daya Johor Bharu
hiphip hooreeyy


amik feel dulu. baru boleh tengok semangat sikit nak tengok game.
memang gila glamour kan bebudak nih. ish-ish




model sebenarnya di atas kerusi. yang lain-lain model sampingan ja. hahaha


rindu dekat bas poli psp pulak dah. 
bukan senang nak naik bas poli nih. hehe 



geng keparat. 


tunggu bas nak pergi training. walhal bukan nya kami main pun. pergi holiday je. 
alhamdulillah kami dapat bersatu walaupun berjauhan. Dari perlis, kedah, penang, Kuala lumpur dan terengganu. wahh sahabat satu malaysia nih. hehe 

masa yang dinanti-nantikan oleh aku, tak sabar rasanya bila dapat tahu sahabat aku yumnie syafiqah dikurniakan bby pertama yang sangat comel. alaaaa nak baby jugak. Mood aku tertibe berubah menjadi sengal je. Kahwin belum nak dapat baby macam mana kan. alangkah indahnya ada baby di samping hubby tercinta. fikiran aku mula hanyut bagaikan aku sedang terbang dengan kipas atas kepala, pinjam topi doraeman sat. haha 

nanti besar jadi macam ibu ye Qaseh. wah saja menunjukkan bakat keibuan aku yang mengada-ngada tu.. 


anakku...nur qaseh delisha 

sayangku qaseh rindu sangat-sangat dekat dia. hope u grow with healthy and being somebody success and be proud by your mom n dad.


UNTIE-UNTIE Qaseh yang Vouge. 
mesti tengah cari kan mana satu la mama Qaseh ni. First yang di atas sekali.

Dah abis tengok game cari makan la pulak. mengingatkan nostalgia aku pada sepet. huhu sedih gila wehh
nasi ayam penyet Johor memang favourite aku. sepanjang 4 hari aku di sana. tiap-tiap malam makan nasi penyet. nasib baik la muka eden tak jadi penyet macam ayam tu. Bukan la kecewa sebab tak dapat jumpa sepet, tapi disebabkan aku terlalu mengidam nasi penyet ni ha masa di perlis mana la cari cik oii.. . haishhh ayaq liuq meleleh dah nih. haha nostalgia semua nih. ^_*



mesti korang tertanya-tanya kan mana la pic sepet nih. heeeh jumpa pun 2 3 minit so nak amik pic macam mana. yup aku dah jumpa dah dengan sepet. cuma aku terlalu sedih, pertemuan kali ni dah merubahkan segala-galanya. layanan dia memang sangat berbeza pada waktu aku jump dengan dia sebelum ini. bukan aku seorang yang perasan tapi kawan-kawan aku sendiri yang tegur. Dah tu aku accept je la kan. Aku dah janji dengan diri aku sememangnya aku akan melupakan dia walau macam mana sekalipun. 

akhirnya Allah makbulkan doa aku. Dia memberikan aku petunjuk yang membolehkan aku meneruskan niat aku. Sesungguhnya aku bersyukur aku tak perlu terus mengharap kasih sayang daripada dia lagi. Sepet adalah kenangan aku yang terindah. Dan dia juga adalah sahabat aku yang paling baik. 



Sambutan hari lahir adik angkat aku. pakdin. Sentiasa dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang penyayang dan tersangat sporting.

 my little brother
habis satu badan kena tepung dengan telur. malam yang penuh dengan kenangan terindah. terima kasih kawan-kawan semua. 











Geng keparat yang sentiasa menghiburkan hati aku. 
walhal keadaan aku yang penuh dengan kepura-puraan di ketika itu. Hanya allah saja yang tahu. 
Mereka tetap memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada aku. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. 


dalam duka ada gembira

Yumnie datang bersama Qaseh pada malam tu. Hati aku mula merasa gelisah. Tiba-tiba saja yumnie panggil aku untuk memberitahu sesuatu yang terlalu perit untuk aku terima. Dan aku berterima kasih kepada yumnie dan ery kerana memberitahu aku tentang sepet yang menyedarkan aku kepada harapan aku yang sia-sia selama ini. 

Aku sedikit pun tidak pernah menyesal dan tidak akan sekali-kali menyesali saat aku bersama dengan sepet. pengorbanan aku terhadap dia selama ini sememangnya ikhlas. Ketika berada di Johor Bharu sebelum ini mungkin sepet ada sebab dia sendiri kenapa dia tidak beritahu aku perkara yang sebenar. 

Mungkin di saat itu Dia mahu menguji hambanya. Aku redha Ya allah. 
aku kena sedar, aku mesti sedar, dan aku akan sedar dari mimpi-mimpi aku selama ini. 

Di saat itu aku telah berjanji pada hati aku, pada jasad aku bahawa aku akan melupakan dia dan aku akan buang cinta aku jauh-jauh. Sampai satu ketika cinta itu tak mampu untuk aku gapai...Hubungan aku dengan sepet, tidak ada sebab untuk aku create suatu masalah. 
dia tetap akan jadi sahabat aku.. kerana hati aku telah memadamkan nama dia. jadi tidak ada sebab untuk aku lose contact dengan dia. 

aku tetap akan ada untuk dia...
sebagai seorang sahabat...

thanks for reading ^_*




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...