seorang gadis baru memulakan pekerjaannya sebagai penolong pegawai ict di
sebuah pusat kerajaan..
sebuah pusat kerajaan..
syukur yang tidak terhingga.. sekian lama menggangur akhirnya dia telah dikurniakan rezeki yang halal dari Allah s.w.t
pendapatan yang diterima tidak lah besar mana.. tapi sekiranya menetap di negeri yang paling kecil dalam Malaysia.. sememangnya cukuplah untuk dirinya sendiri.. gadis itu juga bersyukur sekurang-kurangnya dia tidak lah menjadi kutu rayau sebelum ini.. susah hati memikirkan kerja yang dipohon sebelum ini tidak berjaya..
hanya berasal daripada kampung.. tetapi impian setinggi gunung dan seluas lautan laut.. walaupun ayahnya hanya lah seorang peniaga kecil-kecilan ibunya hanya seorang suri rumah.. tetapi keinginan diri masih tetap utuh dalam hati…
berpijak pada bumi nyata… diri harus membantu keluarga.. terutama kedua ibu bapa nya..
gadis ini adalah anak ke lima daripada tujuh adik beradik.. empat lelaki dan 3 perempuan..
dia juga adalah anak perempuan pertama yang memikul tanggungjawab untuk membantu ibunya.. harapan ibunya yang besar kadang-kadang menjadi satu beban berat
dalam hidup nya..
dalam hidup nya..
dan kini dia berusia 22 tahun.. walaupun dia hidup sederhana tetapi pada umur 22 tahun ni lah baru dia tersedar dari perkara yang tak pernah dia lalui..
perkara yang dilihat dengan kedua matanya sendiri..
di saat itu.. luluh segalanya.. pilu yang teramat menikam dalam jiwanya..
suatu pagi..iaitu hari pertama memulakan tanggungjawab sebagai penolong ict..
gadis itu memulakan dengan clearing office.. kerja nya bukan lah tukang cleaner.. tapi dah bilik tuh terlalu lah kotor.. dengan sampah sarap.. debu dan habuk penuh.. so dia pun rajin-rajin lah diri mengemas..
dan ketika dia sedang mengemas, seorang kelibat lelaki tua sedang melalui di hadapan bilik gadis itu.. dia memerhati di sebalik cermin hitam yang memisahkan mereka..
lelaki tua itu sedang membersihkan halaman ruang pejabat itu.. sedang menyapu sampah.. dan seterusnya membasuh bilik air lelaki dan perempuan..
dan apabila tiba di bilik nya..
lelaki tua itu mengambil sampah-sampah yang disapu oleh perempuan itu..
sampah yang ada di dalam tong sampah itu dipenuhi dengan semut-semut dan ulat-ulat yang hidup dari sisa-sisa makanan itu.. tanpa menggunakan sarung tangan.. begitu senangnya tindakan lelaki tua itu dan bersahaja melakukan kerja itu..
tahukah apa tindakan perempuan itu.. dia hanya mampu melihat dan membantu mengutip sampah-sampah itu..
kelopak mata yang penuh dengan air mata akhirnya jatuh jua..dicuba menyembunyikan pada pandangan lelaki tua itu..di fikiran nya ketika itu
Ya Allah Ya Tuhanku..
Ya Allah Ya Tuhanku..
pada seusia begitu.. tidak harus lah lelaki tua itu melakukan
pekerjaan sebegitu..tanya lah pada diri anda sendiri,
sanggupkah anda melakukan pekerjaan seperti itu. menjadi seorang tukang sapu sampah..
adakah itu cita-cita anda sejak kecil?.. tak sanggup bukan..
tak ada orang pun yang mahukan kerja sebegitu..
demi untuk menyara keluarga yang tersayang, seorang lelaki tua sanggup melakukan kerja itu yang halal supaya dapat mencari rezeki walaupun ia adalah tukang sapu sampah..
sanggupkah anda melakukan pekerjaan seperti itu. menjadi seorang tukang sapu sampah..
adakah itu cita-cita anda sejak kecil?.. tak sanggup bukan..
tak ada orang pun yang mahukan kerja sebegitu..
demi untuk menyara keluarga yang tersayang, seorang lelaki tua sanggup melakukan kerja itu yang halal supaya dapat mencari rezeki walaupun ia adalah tukang sapu sampah..
gadis itu tersentuh hatinya apabila melihat dengan matanya sendiri selama dia hidup 22 tahun ini..itulah kali pertama dia melihat ayahnya sendiri melakukan perkerjaan itu di hadapan matanya.. sedangkan dia berada di dalam bilik berhawa dingin.. tetapi bapanya mengambil upah sebagai seorang tukang sapu sampah...
bapanya seorang peniaga sayur di pasar malam.. dan juga seorang tukang sapu sampah di pejabat kerajaan.. 2 hari dalam seminggu bapanya akan bekerja sebagai tukang sapu sampah..
gadis itu sedia maklum bahawa bapanya melakukan kerja ambil upah sebagai tukang sapu sampah .. tapi sebelum ini dia tidak pernah melihat dengan sendiri bapanya melakukan pekerjaan ini..
terfikir di hatinya.. sanggupkah dia melihat bapanya 2 hari dalam seminggu selama dia bekerja dia melihat bapanya sendiri melakukan pekerjaan itu.. beza nya bapanya kepanasan dan dia berhawa dingin sepanjang hari..
sebak di dadanya hanya tuhan saja yang tahu..
dalam setiap kesusahan yang allah berikan terselit seribu kesenangan..
ketika gadis itu melakukan kerjanya.. bapanya datang dengan membawa 1 berita kegembiraan di hatinya yang tak terucap..
berita gembira itu adalah adik perempuan gadis itu yang berusia 18 tahun.. telah mendapat keputusan spm 8A1B cemerlang…
sendunya mata ayah ketika itu.. setitis air mata seorang lelaki tua akhirnya mengalir jua..berkat dari doa seorang ibu dan seorang ayah selama ini..
walaupun gadis itu tidak mendapat keputusan seperti itu.. dia tetap bersyukur.. adik nya dapat menjadi harapan kepada kedua ibubapanya..
alhamdulillah
semoga selepas ini hidup keluarganya akan berubah…
haruslah diingat setiap pengorbanan yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kita.. sesungguhnya sungguh besar penggorbanan seorang ayah kepada anaknya..
hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa
mencari harta bukan lah untuk kemewahan tetapi adalah untuk kesenangan...
sekaya mana pun mereka semiskin mana pun mereka..
mereka tetap ibu dan ayah kita yang melahirkan kita dan mendidik kita sehingga dewasa..
balaslah jasa mereka
dan doa seorang anak untuk kedua ibunya adalah
untuk kesenangan mereka di akhirat..
if what's ahead is scares u..and what's behind hurts u, then just look ABOVE,
Allah never fails to help u...
Allah never fails to help u...
dear Allah..i just to take a minute, not to ask u for anything, but say,
thank you for blessing me with all i have..♥
thank you for blessing me with all i have..♥
p/s: leha nak suruh ayah berenti kerja lah.. huhu ^_^
i luv u ayah.. ♥ ♥ ♥
♥ Haji Senawi Bin Adullah ♥
1 comment:
saya sayang awak jgak...
Post a Comment