Assalamualaikum...
6 Ogos 2012(18 Ramadhan 1433)
Sudah masuk 18 ramadhan umat islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah aku juga masih sempat menunaikan ibadah ini sehingga saat ini. Selesai saja menjamah hidangan berbuka puasa dengan family aku, port paling kelia aku lepak ialah hadapan lappy dalam bedroom aku. fuhh memang senang nya dalam hati, tak terkata la kan, perut kenyang macam ulaq sawa dah. tunggu nak belingkaq ja lagi. (melingkar atas katil kononnya perut kenyang la) loghat perlis mai dah cik leha ehh. Selesai menunaikan fardu wajib aku berteleku depan laptop and then rajin pulak BW tengah-tengah malam ni, dan terhenti seketika pada blog Kunfayakun.
blog cik farah lee, suka sangat aku baca blog dia. she just an ordinary person that who is change for a better way. Dia seorang yang memilih jalan yang sangat mulia di sisi Allah. Pada pengamatan aku la, berdasarkan entry-entry dia sebelum ini dia juga seperti perempuan yang lain, sentiasa mengikuti perkembangan semasa, budak-budak perempuan zaman kini maybe in modern style lebih minat pada fashion yang lebih vouge. Tak berkecuali dengan aku juga. hihi and then she's journey change her attitude, personality, lebih tepat lagi dia memilih untuk berhijab.
Dalam salah satu entry dia yang menceritakan bagaimana dia ingin berubah untuk berhijab serba sedikit menyentuh hati kecil aku nih rasa sebak pun ada. hilang terus macho aku.. haha copy paste dari puan farah. Dan aku pula mula memikirkan kebenaran nya iaitu untuk berubah adalah bukan mudah tapi tidak susah. Semuanya terletak pada hati kita. Ya memang tak susah pun kalau setakat nak berubah pakai hijab ni. Lagi-lagi sekarang ni style berhijab dah jadi trend kan. Bila bukak fb je, penuh model-model hijab mempamerkan koleksi tudung-tudung yang memang boleh merambangkan biji mata aku yang tak berapa nak bulat sangat ni. Ya aku pun memang gila kalau bab-bab tudung ni. Cantik kot..haishh nafsu-nafsu.
Tapi keadaan sekarang ini berbeza adakah kita berhijab kerana berfashion atau berhijab kerana Allah.
"tepuk dada tanya hati..."
aku juga kelu dengan keadaan itu. Dan perubahan itu sebenarnya adalah sesuatu yang mudah untuk diungkapkan tetapi ia adalah sesuatu yang susah untuk disempurnakan. Aku akui kejahilan aku selama ini menutup pintu hati aku untuk berubah ke arah yang lebih baik iaitu lebih mulia di sisi Allah s.w.t. Dan terkadang itu aku selalu bertanya pada kotak fikiran, tubuh badan dan juga hati aku yang hitam kini..
Bila perubahan itu akan berlaku. Bila nak mula. Bila nak menurut perintah yang maha Esa..
Bila, bila dan bila???
persoalan aku yang aku sendiri tak boleh nak jawab. Sebenarnya aku tak mampu nak jawab.. sedangkan itu pada diri sendiri. apatah lagi kalau dengan orang lain. Malu.... ya perasaan itu selalu juga datang. lebih-lebih lagi datangnya bulan Ramadhan.
"Hijaab of the clothes should be accompanied by hijaab of the eyes, hijaab of the heart, hijaab of thoughts and hijaab of intention." [Dr. Zakir Naik]
Aku bertudung, tetapi hanya pada pandangan manusia. Tapi hati hitam aku ni selalu berfikiran ishh kalau berubah macam mana nak pakai jeans skinny, pakai baju fashion-fashion body ni semua. ala teringin sangat ni. jeans baru ja beli. aduhh style tuuhh
kadang-kadang sesak otak aku nak fikir. sedar keadaan itu, tapi biarlah nanti aku berubah la. see.. and i found that change is not easy. Tidak semua manusia sempurna, begitu juga dengan aku. tetapi berusaha ke arah itu adalah sesuatu yang baik kan. aku juga inginkan kesempurnaan seperti itu. aku akan berusaha untuk berubah ke jalan Nya.. pimpin lah aku Ya Allah.. salah satu perkara yang boleh merubah hati hitam kita ialah dengan melengkapkan diri dengan solat. Tunaikan yang wajib itu semoga ia lebih sempurna. Dan apabila seseorang itu melakukan solat lima waktu sehari semalam insyaallah akan terbuka hati hitam nya untuk bertukar menjadi putih.
Dahulu solat aku tak pernahnya nak lengkap. Tak pernah nak cukup kalau solat maghrib dengan isya, solat zohor dengan asar tinggal. solat subuh lagi la. Ya Allah berat sangat solat subuh ni kalau nak bandingkan dengan solat yang lain. ye la nak bangun pagi kan. padahal dua waktu ja pun. astaghfirlahalazim..... bulan puasa pulak, normal la kalau perempuan tinggal puasa kan. ye la dah uzur. tapi diwajibkan untuk menggantikan puasa yang telah ditinggalkan. eceh ayat. tapi betul la kan.
so kalau nak diikutkan semenjak aku baligh ni rasa-rasa tak pernah sekali pun puasa ganti aku penuh. padahal dalam setahun ada banyak hari kot. nak ganti 7 8 hari yang tinggal itu pun susah ye cik leha. ya tepuk dada tanya hati. Jahilnya aku. cik leha ehh nama ja solehah.. perangai nya tak solehah mana pun. hehe Dan pada suatu hari aku terjumpa dengan seseorang yang membawa aku ke jalan yang mulia ini. Aku ni bukan la jahat mana pun. solat solat juga tapi tak cukup. pakai tudung, tapi jeans sendat.. trend kan. somebody ni bukan lah seorang tahfiz ataupun ustaz. tapi dia adalah seorang hamba Allah yang dijodohkan pertemuan dengan aku. ecehh ayat. haha

aku mula tertarik pada dia bermula pada saat aku mendengar suara dia dalam telefon. Eceh nak kata jatuh cinta pendengaran pertama la nih. haha time tu bukan main lagi aku bergayut sakan. walhal tak pernah berjumpa pun. pantang ada jejaka nak berkenalan dengan aku nih. Mula la buntut nak kembang-kembang. Saham tengah naik katakan. haha but seriusly, dia ni seorang lelaki yang sangat tinggi ego dia.
Tapi dia penyanyang. Bukanlah sebab suara dia aku teringin nak berubah tapi disebabkan pada suatu saat aku dengar dia mengikut membaca ayat-ayat al-quran. time tu 10 minit lagi nak masuk waktu asar, berkumandang surah-surah al-quran yang dibaca oleh radio ketika kami lepak-lepak berdekatan dengan masjid politeknik merlimau Melaka. Sayu je dengar dia baca ayat-ayat tu. Dia menunjukkan aku satu laluan yang aku akan rasa sangat-sangat tenang kalau aku cuba mendekati jalan itu. Di saat itu hati aku hanya Allah saja yang tahu.. tapi aku dah tersilap tafsir time tu.
Dengan easy nya aku boleh fall in luv dengan dia. aduh..problem betul hati aku time tu. Nasib la kisah cinta aku ni boleh dikatakan tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. So sedaya upaya mana pun aku berusaha dia tak juga fall in luv dengan aku. So ujian datang bertimpa-timpa. hoping tinggi menggunung sangat memang failed la jawab dia. Jalan yang paling mudah adalah aku memohon daripada Nya. tak susah nak buatkan orang suka dengan kita ni kan. Just mintak pertolongan dari yang maha Esa saja. Tapi kalau nak mintak dengan diri tak lengkap kau ingat dia nak terima ke, dia nak bagi ke..
hahaha mimpi je la sayang eh. ujian aku ni sedikit je kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Jadi kotak fikiran aku memang memainkan peranan yang sangat tepat. Perlukah aku pada cinta seorang manusia berbanding cinta daripada Allah s.w.t??? Nasib la aku tak mengikut kata hati seperti hati wanita-wanita yang lemah yang sanggup membunuh diri atau ada yang sanggup melukakan diri sendiri. kejam terhadap diri sanggup mengikut kata-kata syaitan. Menyimpan perasaan dendam dan hasad dengki semata-mata kerana cinta manusia. Nauzubillah.... tidak bagus sama sekali ye adik-adik. eh tertiba pulak akak leha ni ye.
Jadi dengan hati redha dengan kekecewaan aku yang tak seberapa tu i let it go. Alhamdulillah tenang... oo dah kecewa baru nak ingat Allah macam tu la manusia. Say lah what you want to say. thats true about that. Aku juga mengakui apabila aku kecewa, apabila aku susah kepada Nya aku mencari. And now i found it. Sekurang-kurangnya aku tidak hipokrit dan aku tidak menidakkan kebenaran itu. Hati manusia adalah selembut-lembutnya apatah lagi hati seorang perempuan...Mungkin faktor itu yang menunjukkan aku ke arah yang lebih baik. Guys one thing you must know. Cinta lah pada cinta Ilahi, insyaallah one day Cinta manusia itu akan hadir tanpa diundang. Dia Pemberi Kekuatan Kepada Aku Untuk Sentiasa Berubah tudia ayat kalau nak berjiwang-jiwang serah pada miss Leha. emo sokmo haha
"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
[2:165]
to be continued........................................................^_^
Tapi dia penyanyang. Bukanlah sebab suara dia aku teringin nak berubah tapi disebabkan pada suatu saat aku dengar dia mengikut membaca ayat-ayat al-quran. time tu 10 minit lagi nak masuk waktu asar, berkumandang surah-surah al-quran yang dibaca oleh radio ketika kami lepak-lepak berdekatan dengan masjid politeknik merlimau Melaka. Sayu je dengar dia baca ayat-ayat tu. Dia menunjukkan aku satu laluan yang aku akan rasa sangat-sangat tenang kalau aku cuba mendekati jalan itu. Di saat itu hati aku hanya Allah saja yang tahu.. tapi aku dah tersilap tafsir time tu.
Dengan easy nya aku boleh fall in luv dengan dia. aduh..problem betul hati aku time tu. Nasib la kisah cinta aku ni boleh dikatakan tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. So sedaya upaya mana pun aku berusaha dia tak juga fall in luv dengan aku. So ujian datang bertimpa-timpa. hoping tinggi menggunung sangat memang failed la jawab dia. Jalan yang paling mudah adalah aku memohon daripada Nya. tak susah nak buatkan orang suka dengan kita ni kan. Just mintak pertolongan dari yang maha Esa saja. Tapi kalau nak mintak dengan diri tak lengkap kau ingat dia nak terima ke, dia nak bagi ke..
hahaha mimpi je la sayang eh. ujian aku ni sedikit je kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Jadi kotak fikiran aku memang memainkan peranan yang sangat tepat. Perlukah aku pada cinta seorang manusia berbanding cinta daripada Allah s.w.t??? Nasib la aku tak mengikut kata hati seperti hati wanita-wanita yang lemah yang sanggup membunuh diri atau ada yang sanggup melukakan diri sendiri. kejam terhadap diri sanggup mengikut kata-kata syaitan. Menyimpan perasaan dendam dan hasad dengki semata-mata kerana cinta manusia. Nauzubillah.... tidak bagus sama sekali ye adik-adik. eh tertiba pulak akak leha ni ye.
Jadi dengan hati redha dengan kekecewaan aku yang tak seberapa tu i let it go. Alhamdulillah tenang... oo dah kecewa baru nak ingat Allah macam tu la manusia. Say lah what you want to say. thats true about that. Aku juga mengakui apabila aku kecewa, apabila aku susah kepada Nya aku mencari. And now i found it. Sekurang-kurangnya aku tidak hipokrit dan aku tidak menidakkan kebenaran itu. Hati manusia adalah selembut-lembutnya apatah lagi hati seorang perempuan...Mungkin faktor itu yang menunjukkan aku ke arah yang lebih baik. Guys one thing you must know. Cinta lah pada cinta Ilahi, insyaallah one day Cinta manusia itu akan hadir tanpa diundang. Dia Pemberi Kekuatan Kepada Aku Untuk Sentiasa Berubah tudia ayat kalau nak berjiwang-jiwang serah pada miss Leha. emo sokmo haha
Dia Sentiasa Tenangkan Hati Aku Dia Buat Aku Sangat Rindukan Dia Dia Mendengar Segala Permintaan Aku Dia Setia Mendengar Semua Masalah Aku Dia Sentiasa Ada di Saat Aku Perlukan Dia Dia Sentiasa Temankan Aku di Kala Aku Kesunyian. Dia memang perfect lah. kalah boyfrenz-boyfrenz uolls tau.. haha ke ayat pasrah sebab cinta tak berbalas. ehh diam lah engkau...
[2:165]
to be continued........................................................^_^
No comments:
Post a Comment