Saturday, August 6, 2011

Sepet Story_Sedihnya

assalamualaikum……
dear diaries…
air mata tolong la jangan menitis.. kiranya kau mula turun.. gugurlah segala harapan, keluhan, kegembiraan, dan kesedihan yang tak dapat ditanggung lagi.. pergilah wahai derita..
di saat kenangan yang terindah terimbau di benak fikiran ku.. disaat pertama kali aku mula memegang tangan nya.. disaat aku berjalan seiring dengan nya.. di saat aku ketawa dengan nya.. dan disaat aku mula mendengar degupan jantung nya.. hatiku mula berdetik.. apakah perasaan aku ketika ini.. adakah perasaan ini cinta… ketika aku menggenggam jarinya.. aku merasakan 1 perasaan yang tak pernah aku rasakan selama ini…. adakah ia nafsu..tidak ia bukan nafsu… aku mulai sedar ia bukan lah nafsu tetapi adalah ia satu perasaan kasih sayang yang teramat dalam……. kenangan yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila2….
tapi sayang nya….. aku dengan dia tidak ada satu ikatan… kami terpisah kerana satu jarak yang sangat jauh… walaupun jauh.. hati ini cekal.. inginkan semula perasaan yang hilang itu.. hati ini mula sedar ia mungkin lah impian dan cita2 yang perlu digapai.. aku tekad.. akan meneruskan perasaan ini walau pun terhalang dengan jarak dan keadaan ini….
tak semua yang diinginkan akan tercapai… dan tak semua yang diharapkan akan dapat digapai… aku mula terkedu… kerana keluhan hati seorang lelaki yang aku mula menyanyanginya…
kini kerana perasaan itu aku mula menangis…
aku menangis bukan kerana sedih bukan kerana kecewa.. tetapi kerana sebuah harga diri ini yang terlalu rendah di hati seseorang yang bernama lelaki…
sayangnya.. aku terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi.. impian dan cita2 yang terlalu menggunung… adakah ini satu kesilapan ku….
2.56 am.. susah benar nak lelapkan mata… di ketika ini aku terlalu sunyi… malam ni aku dah mendapat jawapan kepada soalan aku selama nih… aku hanyalah diaanggap sebagai adik….tersentap hatiku..air mataku mulai menitis.. hibanya hati ini…
pilu yang teramat sangat.. ketika itu di fikiran ku hanya lah 1 perkataan yang muncul… siapalah aku dihatinya…
soalan ku dibalas dengan soalan…
akhirnya itu lah jawapan yang aku tunggu selama nih…
sayang dan cinta.. dua perkataan yang berbeza dan juga makna yang berbeza..
pertama kali dalam hidup ku.. aku meluahkan perkataan sayang pada lelaki.. aku mengakui diri ini ibarat perigi mencari timba…. aku mengakui aku menolak segala anggapan tentang cinta jarak jauh.. ku fikirkan itu hanya 1 cubaan dan dugaan untuk melihat sejauh mana cinta itu mampu bertahan..
kini memang ternyata.. cinta jarak jauh sesungguhnya telah menghalang dirinya untuk menyanyangi diri ini…
aku pasrah kiranya itu ketentuan ilahi…. tetapi untuk sekian kali nya aku ingin kan dia menjawab dengan sejujurnya.. sayangkah dia pada diri ini…..
tidak pernah aku menyangka.. pertemuan yang masih awal.. tidak lebih sebulan… hati aku telah meletakkan nama nya di tangga yang teratas…… apakah ini dugaan untuk ku…
pergilah sepi…. pergilah rindu.. ..pergilah cinta…
takutkah dia pada satu ikatan yang tidak pasti… dia tidak yakin adakah aku akan setia padanya satu hari nanti.. dia tidak yakin pada kasih sayangku ini… kerana ia adalah sesuatu yang jauh dan tidak pasti..adakah itu alasan nya untuk menolak perasaan ku ini..….. hatiku mulai sakit….
iya.. hati seorang insan mungkin boleh berubah.. tetapi kiranya kita percaya pada hati kita.. kita yakin pada hati kita.. insyaallah ia tak mungkin berubah dan mengkhianati cinta kita..
semuanya adalah terpulang ke atas hati dan pendirian itu sendiri… kemanakah keinginan dan kehendak kita…. gembira kalau itu yang kita pilih.. atau sedih kalau itu yang kita pilih…
semuanya adalah ditangan kita sendiri.. dan kita hanyalah insan lemah yang hanya mempu merancang dan bertawakal.. dan yang memutuskan nya adalah Allah s.w.t
aku gembira disaat dia menghubungi ku.. siang dan malam… tidak pernah mengelakkan diri atau menghilang tanpa berita…. aku terlalu gembira disamping dia yang sentiasa ada disaat aku gembira dan sedih.. aku terlalu amat gembira kau mengambil berat tentang diri ini..
kasih sayangku ini tak semestinya untuk memiliki dirimu.. cuma aku hanya ingin kau tahu.. betapa ikhlasnya hati ini menyanyangimu... cukuplah bagiku kau mengetahui... mungkin hati mu bukan milik aku tapi mungkin milik seorang perempuan yang lebih layak dan lebih menyintaimu dari hati aku....carilah bahagia itu....
sesungguhnya.. jangan lah kau mengungkit dengan perkara2 itu.. kerana 1 keluhan nya.. adalah penderitaan bagi aku… hari ini dia telah meluahkan perasaan nya pada ku…. dan perkara itu amat memilukan hatiku…..
tonight maybe the ending of sepet story……….. that’s all for this that I can tell about him…I don’t want this ending actually.. huk.. but that is a reality.. not imagine… I must accept this…..
its really hurt……
Saturday 6 august 2011

3 comments:

Engku Sofea said...

kuatkan semangat awak ye syg

Unknown said...

thanks dear... :)

Unknown said...

alahai sedihnya mek..:'(
mat nk tiyak mat nie...sob..sob..sob..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...