Monday, December 26, 2011

Everybody Around Me


bismillahirrahmannirrahim.....

manusia kini dibezakan melalui 2 perkara.... pertama yang kaya dan yang kedua miskin...
yang di atas sentiasa di agung-agungkan.. dan yang dibawah dipandang hanya sebelah mata..
tapi hakikinya manusia dinilai melalui hati yang putih atau hitam....

dulu bila ketawa.. teman-teman rapat sentiasa ada bersama.. family.. kezen2 yang dikasihi..
kini.... apabila aku menangis tersedu-sedu.. ke mana semua pergi.. pada bahu siapalah yang ada untuk aku menumpang sedih ini... sunyi.. itu yang aku lalui..

what im doing always wrong at her eyes.... but why??

dahulu aku dipuji setinggi gunung.. kini aku dicerca serendah tapak kaki....
tidak melawan tidak beerti aku kalah....tapi aku mengalah demi kebaikan...

yang di atas.. yang mempunyai segala-segala nya.. bersyukur lah.. kerana kau berkesempatan merasai semua itu.. tapi yang di bawah.. walau seribu kepayahan yang kau lakukan walau sepenuh keringat yang kau usahakan.. kalau dah takdir kau dibawah sesungguhnya bersyukur lah.. kerana kau sentiasa diuji olehNya....

sesungguhnya dikala ini hatiku jujur mengakui.. aku terlalu penat... menumpahkan kudrat yang ada terhadap insan yang terlalu banyak menaburkan bukti untuk keluarga ku.. alhamdulillah aku bersyukur padamu nya Allah kerana mengurniakan aku seorang saudara yang begitu pemurah...seorang insan yang banyak membantu aku.. aku tersepit di antara saudara dan juga seorang pekerja.. dan kerana itu juga aku terikat dengan keadaan yang memaksa aku untuk keluar dari situ... ya Allah kau tunjukkan lah aku jalan....

aku sentiasa mengingati diri ini supaya aku tidak lupa.. bahawa aku hanyalah manusia biasa.. sentiasa menumpang.. sentiasa memerlukan pertolongan orang lain... sentiasa menginginkan kehidupan yang senang dari hari ini.. dan aku sentiasa beringat di mana aku berdiri....
tapi di persimpangan jalan.. ada juga aku alpa.. manusia selalu melakukan kesilapan...

kesilapan yang tak disedari.. sesungguhnya hati ini terlalu perit untuk menerima.. tapi aku tetap mengakui.. kerana aku sedar... di akhirnya aku tetap akan salah walaupun aku betul..

dengan hanya 1 kata-kata boleh merubahkan segala-galanya.... kenapa perlu aku bekerja begitu.. 24 jam masa bersama dengan nya.. sentiasa makan hati.. sentiasa terkilan..
perlukah begitu.....hanya 1 kesilapan aku disemburkan dengan kata-kata yang keji.. hinakah aku.. kesilapan ku hanya berkenalan dengan seorang teman.. seorang sahabat yang datang entah dari mana.. cuma keadaan nya saja yang tidak kena pada tempat dan masa...

sehinggakan 1 hari aku menitiskan air mataku di hadapan jalan.. tidak tahu apa kesalahanku..
berdosakah aku kalau berkawan.. perlu kah dia mengeluarkan kata-kata begitu terhadap aku...
malu tidak terkata pada teman tu.. sesungguhnya aku mohon maaf sekiranya perkenalan ini membuatkan dia tidak selesa dengan keadaan itu....

teman yang baru.. kisah yang baru.. datang tanpa diundang... tapi kalau dah itu takdirnya..
bukan mudah memulakan sesuatu untuk diakhiri dengan begitu saja...di kala aku sedih dikala aku sunyi.. teman itu datang.. tapi status diri sudah bertunang...

ya Allah... di sudut hati aku.. perlukah aku rasa berdosa.. dia akan bakal menjadi milik orang....hubungannya ada masalah.. aku mohon padaMu kau kuatkanlah ikatan mereka.. semoga hubungan mereka kekal hingga hujung hayat.. kurniakan lah mereka dengan kebahagiaan dan murahkanlah rezeki untuk mereka...

mungkin sesetengah orang tidak bertujuan untuk tinggal dalam kehidupan kita selama-lamanya, mungkin sesetengah orang hanya melalui nya.. ia seperti sesetengah orang yang datang melalui kehidupan kita untuk membawa kita sesuatu, satu pengajaran yang perlu untuk belajar dan itulah sebabnya mereka di sana.....


berdiam lebih baik.. sesungguhnya Dia lebih mengerti akan perasaan ini.. semoga aku tabah menjalani kehidupan ini.. aminnnn ^_^








3 comments:

Miya said...

apa dah jadi ni..but sory ak xdak dpat ang,,,, i'm so sory....

Unknown said...

its ok dear.. heeeh ntah la slma aku hdup 21 thun nih perkara yg perit aku lalui.. huk

ntah la.. aku sentiasa sedar aku nih asal dri keluarga yg susah.. tpi aku sedih wehh aku rsa aku terlalu hina di mata saudara aku sndiri.. tk pernah lagi rsa cm nih.. huhuhuhu

Miya said...

sabaq ni yunk...hope ada sinar di hari akan datang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...