ada..sesungguhnya ada….
ada rasa cinta kepada dia.
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..aku tidak tahu siapa..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..
kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…
sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi…
aku menanti untuk yg halal hadir
menjemput diri seperti yang ditakdir
kerna namanya telah tertulis sejak azali
Andai aku boleh berdoa kepada Tuhan,
mungkin aku ingin meminta agar
Dia membalikkan sang waktu agar
aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu,
hingga tiada tatapan pertama itu,
yang membuat hati ini terus mengingati mu.
Banyak lembaran buku yang telah ku telusuri,
banyak teman yang telah ku minta pendapat.
Mereka mendorongku untuk mengakhiri penantian ku ini..
kerana ia adalah sia-sia..kerana ia adalah hanya bertepuk sebelah tangan..
Namun di sudut yang lain, ada dorongan yang begitu kuat
untuk ku tetap menahan rasa yang terlalu awal, yang telah tertancap dihati ini.
aku hanya menanti satu jawapan yang pasti..
adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.. atau sememangnya hati mu juga
merasai seperti aku...
dalam kitab insani..
dlm doa kudusku setiap mlm..
aku memang mencintai dia dalam diam…
luv much_leha
No comments:
Post a Comment