Saturday, July 21, 2012

Ramadhan begin



Assalamualaikum... 
Bulan Ramadhan, kembali dan akan sentiasa kembali selama mana kita masih hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah kepada Nya. Thanks to Allah...
Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya. Itu tandanya Bulan Syawal menanti kehadiran kita. Tertiba teringat zaman kecik-kecik main meriam buluh dengan abang-abang aku. Tak padan dengan gegurl.. aku ni dulu kecik-kecik mana main bunga api tu semua. aku layan meriam buluh cek oii. haha ayat nak kemas je kan.
 Rindunya kenangan tu. Masa mana boleh putar balik kan. Yang ke hadapan ini lah yang sedang menunggu kita sebenarnya. Suka ataupun tak kita tetap hadapinya. wah ayat macam nak kena jalani hukuman.
2012, Tahun yang penuh bermakna bagi aku. Dan pada bulan Ramadhan inilah aku dikurniakan dengan nikmat rezeki Allah Taala yang besar kepadaku. After study keadaan aku sedikit menyedihkan. Keadaan Kewangan aku terlalu teruk kalau nak diikutkan. Tapi dengan berkat kesabaran usaha doa dan tawakal.
 Alhamdulillah Allah memberi petunjuk dan jalan kepadaku.  Pelbagai ujian yang memaksa aku tempuhi, di suatu saat aku pernah merasa letih dan perit untuk aku tanggung. Tapi dalam setiap kesulitan dan kesempitan itu Allah s.w.t tak pernah lupa dengan hambanya. Dan kini aku mendapat sedikit rahmat daripada nya. Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Ilahi... 
Dan ingatlah kawan-kawan sekalian, jangan lah sedikit pun kita melupakan Dia yang maha berkuasa. Sesungguhnya Dia tidak akan melupakan kita atau sesekali meninggalkan kita... 
Kawan-kawan semua jangan tinggal posa ye.  Jom niat cepat. Satgi dok wat-wat lupa pulak. 
"Allah... terlupa niat terbatal posa aku hari ni." seronok yerr..
Niat posa untuk sebulan terus. Tak ada alasan terlupa la apa la. Ha amik kau ^...*
Rasanya macam aku pernah buat jer.. eh tak ada lah. aku selalu ja posa penuh.. Boleh caya kerr?

 
Sungguh Besar Rahmat Nya kepada Hamba-hambanya....

Lafaz niat untuk sebulan :

niat puasa sebulan 
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
   Lafaz niat untuk harian :

Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

**Jangan lupa baca doa buka posa dulu yerr..

Lafaz doa ketika hendak berbuka :

lafaz doa berbuka di bulan ramadhan
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Lafaz doa selepas berbuka puasa :

doa selepas berbuka puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Rebutlah peluang sebanyak mungkin untuk mendapatkan pahala yang berlipat ganda daripada Nya. Ramadhan datang hanya sekali dalam setahun, mungkin esok adalah hari terakhir kita di dunia ini. Jadi jangan lah sia-siakan peluang itu. Selamat beramal.




Selamat menyambut bulan Ramadhan &
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam di seluruh dunia.. 

thanks for reading...






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...