Assalamualaikum…
Bergegas dari kangar ke pauh, kenderaan empat
tayar, body bersaiz kancil berwarna putih memecut kencang untuk sampai ke
destina. Macam skema pulak bunyi. Habis ja berjogging di denai aku bergegas
pula untuk bekerja sebagai buruh kasar dengan ayah aku. Takut terlewat sampai di pasar malam
sebenarnya, tu yang pecut sakan tu.
Sedang
saja aku melakukan rutin harian aku. Tertiba ada makhluk allah, muka innoncent
ja dia siap buat round about lagi dekat aku. Eh epe ke hal pulak dengan kucing
kurap nih. Dah la penuh kurap di badan, kerempeng pulak tuh. Tak cukup zat nih.
Dah macam penyakit exophrenia dah.
Shuh
shuh p main jauh-jauh. Dia buleh pulak wat muka Selenge dia tuh. Meluat pulak
aku tengok kucing nih. Rasa-rasa macam nak sepak je. Haih bila fikir balik
manusia kejam gila ke aku nih. Haha. Tak sampai hati pulak aku. Sebelum sampai
tadi aku sempat beli sikit apom balik(kuih apam). Ish tak cukup nih. Aku pun
lapar tahap apa dah nih. Kedekut pulak!! Dia dok wat muka kesian dia tuh, menyampah
je nengok, so aku bagi la sikit dekat kucing terbiar nih. Haishh kesian pulak.
Lepas
ja makan terus ja happy siap main-main lompat lagi. Haih ni dah lebih dah nih.
Main-main dengan kaki aku pulak. Kang terpijak, free ja nyawa ko melayang. Dah
la masa tengah drive aku nyaris-nyaris nak excident. Memang thriller jugak la.
So mood aku masih tak stabil, macam trauma gitu. Jantung aku tertiba lak boleh
rasa sakit ngilu semacam ja. Mau taknya, terkejut dengan tiba-tiba, macam tu
lah kot orang yang dapat serangan sakit jantung. Haih mintak simpang malaikat 44. Jauhilah aku daripada sebarang
penyakit Ya allah. Alhamdulillah nyawa aku masih panjang. Syukur-syukur.
Dalam
mood yang tak baik tu tiba-tiba kucing nih buat manja-manja dengan aku pulak.
Dah berapa kali aku halau dia still lagi ada kat sebelah. Diam ja duduk. Kepala
dia siap wat muncung lagi. Dah la muka panjang. Suddenly kan aku rasa kesiannya
kat dia, mesti lahir tak cukup umur nih. Mak ayah mesti dah mati kan. Ntah-ntah
tragis apa life dia sebelum nih nak support diri sendiri. Dah la baby lagi.
Alahai boleh pulak aku tersentuh dengan kucing jalanan nih.
Niat
di hati dah lama dah nak bela kucing. Tapi tak nak kucing jalanan, tak mau la
kucing kurap. Nak yang kucing parsi, gebu bersih. Haha Amoih kau demand gila.
Bila aku pandang ja muka dia. Rasa sejuk lak hati aku. ermmm
Mulut
aku ringan ja cakap “kalau nak ikut aku balik kau duduk sini sampai aku habis
kerja. Kalau kau p merayap mana-mana kau ikut lah jalan kau sendiri” 10 minit
kemudian lesap terus kucing. Haih tak mengenang pulak kau. Kacang lupakan kulit
la tu.
Selesai
saja mengemas, aku mula nak bergerak and then terkejut aku tertiba ada pulak
kucing nih. Haih nak tak nak kena ambil jugak lah. Dah aku p dok wat perjanjian
dengan dia. Ermm mula-mula tu kan malu gila nak habaq nih. Haha idea datang
tiba-tiba, aku capai plastik pastu campak dia dalam tuh fuhh lega. Haha malu
kot nanti orang nampak aku amik kucing jalanan. Terus selinap masuk dalam
kereta. Haha selamat dah sampai di rumah.
Sampai
ja rumah terus aku mandi dia. Aku guna berus sabut kot nak sental badan busuk
dia masyaallah. Adik aku ngee busuk la geli la. Ha nanti kau, tak payah nak
main dengan kucing baru aku nih. Mak aku pulak siap bagi warning. Kalau berak
kencing merata-merata buang terus. Adeh nasib kau lah gonzalez.
hitam putih diberi nama tehpong @ gonzalez.. nice to meet u olls
Kau
dengar tak. Gonzalez aku bagi nama dekat dia. Sebab badan dia kurus aku bagi
nama tuh la. Sebabnya masa aku main hoki dulu-dulu coach aku pernah bagi nama
dekat aku gonzalez sebab aku lari laju dan kurus. Haha dan-dan angkat bakul
sendiri.
Siap
letak bedak baby Johnson lagi. Kecik-kecik dulu aku pun tak pakai baby Johnson
kau tau. Bedak talcum cap bunga ja aku pakai. erghh
ha tengok suka gila dia dengan bedak.. ishh rugi bedak aku.. erghhh
alololo budak tecik...
Wangi
la sikit badan dia, ha Nampak la macam kucing kaya kan, daripada muka persis jalanan ja. haha penyanyang tak
aku?
Suka
buat manja kucing nih. tersentuh pulak hati kecik aku nih bila pandang muka Gonzalez
tuh.. macam ada sumthing ja dekat raut wajah dia.. haha tak leh blah..
mengantuk sangat la tu.. heeh
manja pulak dia.. mengantuk sebab baru lepas mandi..
part nih paling menyentuh hati..
kau tido sini yerr jangan nak sedap-sedap tido atas katil aku pulak..
nah aku bagi bebear lagi kat kau.. ha untung tau dapat tuan macam aku..
terus dia peluk bebear tu.. manja sangat.. biasa awal lagi mesti dengar kata. heeh
muka pun kerempeng..
Dua minggu kemudian, Gonzalez menjadi seekor kucing yang diminati ramai. Banyak
peminat beb. sampai kan mak ayah aku pun sayang gila dekat dia. haha adik aku
pulak, siap gaduh-gaduh lagi dengan aku sebab nak tidur dengan dia. Kucing ini
disayangi oleh semua family aku. Disebabkan nama Gonzalez tu terlebih komersial
mak aku letak nama tehpong. sebab badan dia puteh campur hitam. bertampung
sikit so letak nama tehpong. tengok mak aku pulak jadi tuan dia.. haha mai
dekat mak maihh maihh meow meow.. hahaha lawak gila mak aku..
time aku tengah guna lappy... nak pulak menyempit tepi kaki aku.. kaki aku wat bantal pulak..
kusyuk pulak tu tido.. adeyhh
sesungguh nya kucing itu adalah makhluk allah dan juga salah satu
haiwan kesayangan rasulullah s.w.t. Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad
SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.Setiap
Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di
atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza
selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti
lantunan suara adzan.
Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya.
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua
Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu,
datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana
sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata,
“Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi
SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling
di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu
Majah).
Diriwayatkan
dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke
Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air
wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah
selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana.
Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing
termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada
najis.”
Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi
keluarga sendiri. Apa lagi, jom la bela kucing.. menceriakan hidup ku setiap hari.
p/s : kucing jalanan pun takpe asalkan niat di hati baik membela kucing.
lenguh pusing belah sini pulak..
semoga hari-hariku ceria bersama tehpong.. selamat malam semuanyer..
tido kalah tuan dia nak kena ada bantal baru nak tido.. haishhh
lenguh pusing belah sini pulak..
semoga hari-hariku ceria bersama tehpong.. selamat malam semuanyer..
No comments:
Post a Comment