Bismillahirrahmanirrahim…. assalamualaikum..
benar kata pepatah.. biar selautan dunia sekalipun....sejauh mana pun kerana cinta dan kasihmu, aku sanggup redahi…..( hihi jiweng gile..)
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat ilahi dengan izinnya.. leha dapat bertemu dengan sepet.. buat kali kedua. Ya allah entah bagaimana perasaan leha ketika itu hanya Dia saja yang tahu… pertemuan yang dirancang pada kali pertama tetapi terbatal dengan sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. keadaan memaksa leha pasrah pada mulanya tak dapat berjumpa dengan sepet.. tapi siapa duga siapa sangka Allah itu maha kaya dan mengetahui… akhirnya leha dapat bertemu dengan sepet..
Keputusan secara mengejut.. seriously leha pun tak sangka leha boleh buat kerja segila itu.. dengan nekad saja tak cukup, keberanian pulak 50 persen ja nih.. sanggup ke.. leha pergi ke Johor Bharu semata-mata nak berjumpa dengan sepet saja..? Omg!!
what im thinking at that time.. sepupu leha nak bertunang.. so mesti tak sempat, hanya tinggal 4 hari saja lagi.. tiket tak beli lagi.. now at 8.23 pm, “ala… mesti tak da punya.. bas sekarang nak ke JB. Mak pulak cam mana.. baru saja balik dari Makkah.. urmm takpelah jumpa nanti lah kalau ada rezeki.. ayat pasrah gila.. and then Yumni call.., leha…kau tak datang JB ke? Mata leha celik seluas-luasnya.. tudia.. angel leha mai dah.. hihihi.. suke giler….transport and penginapan free.. yeayyy…
Mak… merdu je suara bila nak mintak something kan.. hihi “boleh dak akak nak p JB?
p lah..” tenang je mak jawab.. mata leha bling2 terus.. mule la wat muka kerang busuk leha tuh.. aaaaaaaaaaaaaaaaaa suke gile... yeayyyyyyy JB im cOming :D tiba2 mata nak merah jerr.. masuk habuk la pulak.. hehe thanks Ya Allah..
Beg warna hijau saiz dia… small tak small.. big tak big.. ala boleh la standard beg, leha capai.. hahaha baju 2 3 4 5 lai.. ikut dan saja amik.. terus campak dalam beg berwarna hijau.. ok alatan mandi, makeup, yang nih wajib… bebear panda leha,(teman baik leha nih) sling bag, handphone and lastly money.. huuu mau tak dak money jangan harap la boleh jumpa sepet.. Alhamdulillah my salary for this month..enough.. terus kering…. ala sekali sekala, 2 kali 2 kala.. (duit boleh dicari, sepet leha mau hilang tiada ganti..) ^_*
13 Disember 2011_9.50 pm masih berada di stesen bas kangar perlis…
“akak ada bas ke JB tak malam nih? malam nih jugak…”
“tak ada la adik.. bas dah gerak kul 8.30 tadi..”
semua kaunter tiket leha tanya, semua tak ada.. and then try K.l pulak.. tapi ke k.L leha kena tukar stesen bas pulak nanti.. alamat nya pukul berapa nak sampai JB nih… urmm gelabah dah…. :/
“adik nak p mana? nak ke JB ke? ( ehh adik ke??).. macam ayah dah… aku nengok pakcik nih.. hihi yee pakcik.. saya nak p JB.. tapi tiket dah abih la.. saya ingat nak naik bas ke K.l lepas tuh baru amik bas ke JB…niat murni seorang hamba allah jangan berprasangka buruk terhadapnya.. :D
“kadang-kadang ke JB belum tentu bas ada pagi tu.. adik amik bas ke Melaka pastuh terus ke JB. di Melaka Sentral memang banyak bas ke JB..nanti tak susah dah adik nak kena tukar stesen pulak kalau amik bas Ke k.L” iyerrr kerr.. terima kasih ye pakcik.. hihi
Alhamdulillah.. dipermudahkan segala urusan.. terus beli tiket Melaka Sentral..
10.02 pm Bas dah mula bergerak.. esok pagi baru sampai.. semoga perjalanan selamat pergi dan pulang.. baca doa and then zzzzzzzzz… tweet2.. meseg sepet.. mu jadi datang JB dok? hihihi time tuh mula la idea leha mai yang pelik2.. dak la.. mana sempat, perjalanan dah amik masa dua hari p dengan balik... lagi pun kezen leha tunang 4 hari lagi.. nanti tak sempat balik.. kang nangis pulak leha… yeke owhh takpe la.. ( ada nada merajuk di situ ye..haha kuikui gelak jahat ) deh merajuk yerr dengan leha..? ye la…. alolololo cedih ngatttttt ( kena tipu bulat2 dengan leha).. surprise.. esok la masa jumpa sepet… sepet punya la majuk dengan leha sampai tak balas terus meseg.. urmmmm dia selalu cam gitu… hilang pulak dah..urmmm so tido la sorang2..
Mata pejam.. tapi senyum2.. adoiii serius tak boleh nak tido.. bape jam ja lagi leha akan jumpa sepet.. macam mana erkk muka dia bila tengok leha datang JB.. adoiii angau dah.. takpe2 sabo ade 12 jam ja lagi nak jumpa dia.. hati bertenang k.. tido la nanti cepat sampai.. aduhhh bas berenti dekat alor star dulu, amik penumpang, dah rugi setengah jam.. huh time tuh plak leha terlupa nak bawak sweater.. apa g beku la leha dalam bas tuh.. nih semua sebab sepet kan kan….^_*
Perjalanan dari perlis ke Melaka selama 9 jam lebih kurang cam tu lah.. dari Melaka ke JB pulak 3 jam lebih.. so ambil masa setengah hari dah.. dengan nekad dan keberanian penuh di dada insyaallah ada rezeki jumpa jugak.. ala selama 6 bulan leha tunggu nak jumpa sepet.. tinggal bape jam ja lagi tak kan tak sanggup kot.... heh sabar lah duhai hati yerr….masa tuh seribu persoalan muncul.. adakah betul dengan apa yang aku buat nih..??? ting ting
Tak menyesal ke aku datang jauh2 semata-mata untuk jumpa seorang lelaki matanya yang sepet, yang egonya setinggi gunung everest, fuhhh… yang tahap panas baran nya agak kritikal…. tak romantik langsung….suka wat tak ada perasaan..dan seorang lelaki yang tak ada ikatan dengan leha.. urmmm jauh di sudut hati nih di manakah kelebihan dia yang membuat hati nih terlalu merindui insan nih.. hanya satu saja di waktu nih… hati ini tidak perlu ada sebab dan alasan untuk aku menyanyangi insan ini.. hanya aku tahu perasaan ini suci datang nya Allah… entah lah aku pun keliru dan tidak pasti dengan hati ini.. kadang2 mula terfikir adakah kerana aku terlalu obsess dengan cinta.. inginkan cinta dari seorang lelaki.. desperate.. oh no no itu bukan leha ok.. bukan kerana terdesak tapi demi allah.. perasaan itu wujud tanpa sedar….
Sepet tak pernah memberi leha harapan.. tak pernah memberi leha kata-kata janji seperti seorang kekasih..tak pernah memberi jawapan pada soalan leha selama ini… tak pernah membuat 1 keputusan yang pasti.. hanya menemani leha seperti kawan-kawan yang lain.. Cuma dia mungkin menganggap leha seorang teman yang istimewa dari teman yang lain…. tapi hati ini mudah menyanyangi dia.. tak pernah rasa jemu tak pernah rasa benci selama leha mengenali sepet.. tak pernah ada perasaan menyesal di hati ini selama aku mengenali sepet.. dia terlalu istimewa di hati aku…
kadang-kadang kata-kata dia banyak mengguris perasaan leha.. dia selalu wat leha tunggu dia balas meseg.. perlu kerr nak dengar suara tiap2 hari.. perlu kerr nak meseg tiap2 hari…. tak jemu ker.. tak.. tak pernah wujud sekalipun semua tuh dalam hati leha.. kerana hanya itu saja yang dapat mendekatkan dia dengan leha… tapi betul kata sepet tak perlu terlalu kerap berhubung kan… benda sama ja kan.. leha mengerti dan mula belajar menerima keadaan itu…. belajar memahami sepet.. walaupun pahit.. akan ku telan jua.. huhu
Rindu..teramat merindui… leha akui selepas wujudnya perselisihan faham antara leha dengan sepet sebelum nih rindu itu tak pernah hilang.. walaupun sepet cuba menjauhkan diri dari leha….sepet mula bermain tarik tali dengan leha…. dia mula meletakkan 1 jurang antara kami….. ya allah sabar lah duhai hati.. menghilangkan diri tanpa berita meseg atau panggilan….tapi rindu leha pada dia tak pernah hilang….semakin hari semakin kuat.. tak tahu datang dari mana rindu tuh.. dan hati ni kuat mengatakan sepet mungkin merindui leha.. 2 minggu sepet hilang.. dia tuh sebenarnya ada ja.. sentiasa ada di dunia sana.. jauh beribu batu dari leha.. tapi leha rasa hati ni dekat ja dengan dia.. kenapa ya.. sampai 1 tahap leha cuba nak lupakan dia… ya Allah.. hati nih bukan boleh dipaksa kalau dah rindu nak wat macam mana…..
setiap detik selalu teringatkan dia.. bukan tak cuba untuk elak dari dia.. bukan tak cuba melupakan dia.. bukan tak cuba untuk mencari teman lain…. tapi tak boleh.. busy macam mana pun ada satu ketika leha mesti teringat dekat dia…. dia sihat tak hari nih..? dah makan ke belum..? ayat macam selalu lah.. dah abih modal… heeeh tapi hanya diluah dalam hati je lah… rindu yang teramat sangat… di satu sudut sewaktu leha nak tido.. air mata ini menitis jua….leha nangis sampai tak da bunyi lah… sendunya waktu tuh.. ^_^
Kawan-kawan leha banyak bagi nasihat.. kenapa ditunggu lelaki seperti itu.. merugikan masa mengharap pada sesuatu yang tidak pasti.. tidak ada seorang pun yang menyokong leha di saat itu.. sedar jurang leha dengan sepet sangat jauh tapi leha dah cuba.. 2 minggu saja perkenalan leha dengan sepet, singkatnya masa tuh… tapi sampai hari ni selama 6 bulan kenal sepet.. hati nih semakin hari semakin rindu dan semakin sayang… ya allah bukan mudah nak melupakan dia…. leha dah mula putus asa… leha rasa rendahnya nilai kasih sayang nih, dah tak sanggup nak hadapi.….
Tetapi dengan kekuatan dari yang Maha Esa leha yakin dia pasti akan cari leha….kalau dia sayang leha kan… 1 hari dia call leha….. Alhamdulillah.. ingat jugak dia kat leha.. fuhhh tapi keadaan dah berbeza.. layanan dia terhadap leha dah lain.. selepas 2 minggu dia betul2 mengganggap leha seperti teman yang lain.. tiada panggilan telefon seperti dahulu.. tiada gurau senda.. tiada meseg bergambar.. meseg 2 3 minit and then terus hilang….semuanya dah lain.. leha mencari sepet yang dulu.. yang suka nyanyikan leha lagu sebelum nak tido.. suka sakitkan hati leha….. suka bercakap dengan leha walaupun benda yang sama… yang suka temankan leha drive sorang2..yang suka dengar story leha… ya Allah rindunya pada insan itu…. tapi sepet dah banyak berubah… ^_^
Setia menanti itulah yang leha wat sampai ke hari ini..ingin mencari sepet yang dahulu.. kini sedang berada di dalam bas.. kesejukkan seorang diri untuk berjumpa dengan sepet…Mungkin selepas jumpa dengan sepet, dia akan berubah hati, berubah layanan terhadap leha..mungkin tak kan meseg pendek2 lagi dah.. selalu call leha teman dia kerja.. selalu dengar nafas dia waktu dia tido, tido time keja lak tuh.. haishhhh ….hehe hanya tu ja lah kenangan leha dengan dia…. I always miss that time…. I really mean it.. if u know this.. I want my sepet back….
14 Disember 2011_6.40 am
safely arrived at Melaka Sentral.. rupa-rupanya tido jugak leha, ehh dah sampai.. Alhamdulillah.. turun je dari bas.. hanya ada berapa kerat je manusia.. adeyhhh sakit pinggang aihh biasa lah period pain.. selalu sangat..tapi sakit leha memang teruk…ermm tok sah cita lah…melilau la sat cari bas nak ke JB.. pusing2 jumpa kaunter tiket.. bas ke JB pukul 7 pagi paling awal.. fuhhh lega beli tiket terus.. then lepak macD kejap, breakfast sorang2.. suke gilerr beb travel cam gitu.. hehe layan blues la apa g..
7.00 am bas dah mule gerak dah hihi suke nyerr.. adeyh sakit pinggang boring macam cacing kepanasan leha time tuh….ade bapa jam agi erk.. just 3 hour more… sabar2….. 10.47 am at larkin sentral Johor Bharu…. turun jerr dari bas.. tudia.. jakun gila leha tengok stesen bas Larkin besar and luas gedabak.. luas gilerr beb nak habaq nih.. hahahah mata lilau2 cari yumni and her husband Ery..
Alhamdulillah… safely arrived at yumni house JB.. jam menunjukkan pukul 1 pm.. adoii bila la nak jumpa sepet nih.. aaaaa bila bila bila nihhhhhhhh stress dah leha time tuh.. adoiii hati nih dok wat tak sabaq pulak dah.. tergedik-gedik la pulak.. adess..
pusing2… pukul 5pm still at yumni house.. ala lamanya nak jumpa dengan dia.. actually leha segan nak gitau yumni suruh cepat.. tapi tak kan kot… kita nih menumpang rumah orang menumpang kenderaan orang so sabor errkkk… urmmmm ye la..
5.60 pm….tibanya leha di stadium hoki JB…wif yumni and Ery… dup dap dup dap ja jantung leha time tuh… aduhh Ya Allah berikan lah kekuatan untuk aku menghadapinya.. macam la teruk sangat sepet tuh nak jumpa dia ja pun.. hihihi