Saturday, February 11, 2012

sepet story_cintaku hanya dalam diam...

s
















ada..sesungguhnya ada….
ada rasa cinta kepada dia.
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..aku tidak tahu siapa..

selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…

agar Dia melindungi dia..
kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…

sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…

namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi…


aku menanti untuk yg halal hadir 

menjemput diri seperti yang ditakdir

kerna namanya telah tertulis sejak azali


Andai aku boleh berdoa kepada Tuhan, 
mungkin aku ingin meminta agar 
Dia membalikkan sang waktu agar 
aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu,
 hingga tiada tatapan pertama itu, 
yang membuat hati ini terus mengingati mu.

Banyak lembaran buku yang telah ku telusuri, 
banyak teman yang telah ku minta pendapat.
 Mereka mendorongku untuk mengakhiri penantian ku ini..
 kerana ia adalah sia-sia..kerana ia adalah hanya bertepuk sebelah tangan..
Namun di sudut yang lain,  ada dorongan yang begitu kuat 
untuk ku tetap menahan rasa yang terlalu awal, yang telah tertancap dihati ini.
aku hanya menanti satu jawapan yang pasti.. 
adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.. atau sememangnya hati mu juga 
merasai seperti aku...


dalam kitab insani..

dlm doa kudusku setiap mlm..

aku memang mencintai dia dalam diam…



                                                                                                                                                                          luv much_leha            

Thursday, February 9, 2012

Sepet Story_falling in luv wif islam...


assalamualaikum.... 



semakin mengenali islam.. semakin hatiku merasa tenang..
syukur Alhamdulillah..

aku mengakui.. mengenali beliau.. aku juga mengenali islam..dia bukan nya seorang ustaz.. bukannya seorang tahfiz.. tapi bagiku dia adalah cahaya pemberian dari ilahi.. untuk aku membuka mata terhadap kejahilan ku selama ini..
sesungguh nya cinta itu adalah dari yang maha esa kerana memberikan cinta yang murni kepada ku..

sesetengah masyarakat pada masa kini berpendapat ....
“kau berubah pun sebab orang lain.. nak wat apa kan.. tak ikhlas..”
siapa mereka nak meletakkan hukum terhadap sesuatu perkara..
pokok pangkal nya hati dan kehendak kita yang ikhlas.. dan allah mengetahui segalanya..Dia yang mencipta cinta itu.. kalau ia benar2 ikhlas.. kembalilah ia ke jalan yang diredhai…

adakah ini satu hidayah dari yang maha esa.. untuk apa hendak hipokrit.. hendak menipu kenapa.. diri sendiri pulak tu..
sesungguhnya.. cinta allah itu adalah suci dan luhur.. aku mengakui cinta kepada nya bukan saja cinta duniawi.. sebalik nya ia adalah cinta akhirat.. pasti ke wallahualam.. hihi, insyaallah kalau diizinkan olehNya..kalau dia adalah jodohku.. semoga ia akan menjadi kenyataan..

kukuhnya iman kita.. adalah di mana kukuh nya tiang solat kita.. ditambah dengan perkara2 yang mendapat pahala darinya..
syukur, syukur, dan syukur ya allah.. hati ku sentiasa tenang..

di sudut sanubari aku nih.. ingin menjadi seorang isteri solehah.. bukan pada nama sahaja.. tapi lebih kepada allah, ibu bapa, dan suamiku.. insyaallah..

jahilnya aku dahulu.. bercinta, tapi tidak merasa nikmat sebenar cinta itu..

nama pun couple.. jangan cakap la. “eh mana ada kita pegang2 tangan pon.. duduk berdua-duan”.. tapi once bila kita couple.. perkara pertama yang datang adalah orang ketiga iaitu syaitan.. sekuat mana pun iman kita.. kalau tak dihindarnya pergaulan bebas nescaya.. maksiat penuh berleluasa dalam hidup kita seharian..

aku sendiri tak terlepas dari semua itu..dan dari sehari ke sehari apabila diri dekat dengan Allah, tebalnya rasa muka nih.. tak tahu nak letak mana..
dan akhir sekali solat lah.. yang memimpinkan aku..

single!!.. salah ke kalau single.. that’s better actually.. maksiat pun tak banyak rite..
haha ok I admit i still single… but not available…

“single baru nak taubat.. waktu couple tak nak taubat”
tak semestinya kan.. even kalau kita sudah berpasangan mestilah kena dengan caranya..solat still tak tinggal.. aurat still boleh dijaga.. tapi yakin kah?.. kalau kita couple.. kita jumpa dia tak ada apa2 punya.. sembang biasa2 punya..
yakin ke? tak bersentuhan punya..

ala tipu la tuh.. J bila dah kuar mesti dah feeling2.. pegang2 tangan kan..
bukan nak tujukan pada sesiapa.. tapi nak tujukan pada diri sendiri sebenarnya.. bahawa aku selama ini sangat lemah dengan godaan dunia sekarang..tak mampu nak jadi muslimah sejati.. betul kan.. perempuan sebenarnya lemah.. tapi hakikatnya ia adalah tersangat kuat.. kan kan.. 

aku tak boleh menidakkan aku punya ingin perasaan untuk menyintai dan dicintai..
mengakui lepas hati aku terluka aku selalu bermuhasabah pada diri.. mungkin ada hikmah di sebaliknya..

semakin lama semakin tinggi keinginan itu.. aku adalah seorang insan yang lemah pada nafsu.. kadang-kadang tak sedar..
“eh betul ke, apa yang aku buat nih..”

time tuh baru lah nak sedar.. adeyhh lemahnya iman nih.. entah lah aku tak mampu sebenarnya nak tuntuti perintah larangan yang Maha Esa..
tapi nekad dihati aku akan belajar berubah.

aku tak mampu nak pakai hijab lagi.. still pakai jeans skinny.. tudung tak la labuh bidang 60, still selendang lilit2 lagi.. heeeh tapi Alhamdulillah.. masih dengan imeg bertudung lagi.(tengok tuh ada ja nak backup2..)

kadang-kadang pemakaian sekarang tak tahan sangat… nafsu ya allah… tergoda giler.. dress cantik2.. even muslimah.. tapi sendat.. muslimah macam mana?.. haha

nak ubah sekaligus tuh memang susah laa.. takpe pelan2 takpe.. (orang perlis cakap)

penggunaan facebook.. sekarang dah meningkat berjuta-juta penggunaan nya.. tak terkecualilah aku.. kuikui

sebenarnya bukan itu masalah aku… tapi di laman social dah terlalu banyak..
kritikan, fitnahan, ejekan dan macam-macam lagilah.. and the most thing adalah isu wanita kan.. selalu diperlekehkan.. kadang-kadang tuh aku naik geram ja.. asyik2 perempuan ja yang salah.. ya la tak semua perempuan salah, tapi bila nak membalas… terasa ada benda yang menghalang..ishh aku nih baik ke.. baju pun kekadang ketat jer.. ermm last2 diam ja lah..

kadang-kadang ada juga jenis tak berapa nak sedar diri.. suka menjadi pengkritik terhadap kaum sendiri.. padahal diri sendiri tak perfect mana.. tudung pun tak pakai.. kritik je lebih.. don’t jugde something by its cover..

sesungguhnya “seseorang yang memakai tudung adalah seseorang yang menurut perintah iaitu daripada salah satu syarat wajib islam rite.. so hormati lah perempuan yang bertudung.. tak kira lah mulut macam longkang ke macam puake ke.. perangai nauzubillah lah kan.. biarlah, itu dia dengan tuhan..

lepas tuh page dia diagung-agungkan.. jadi famous… mulanya menjadi topic perbincangan and last sekali jadi topic pengumpatan dah.. dah menambah kan dosa..
patut lah… sesetengah orang berpendapat silent is better than announce..
pendapat aku.. ntah la..kuikui.. yang baik diikuti yang tidak baik dijadikan iktibar dan pedoman..   

renung2kan
selamat beramal..

p/s tertibe rasa teringin nak bunga nih la.. sapa la nak kasi yer.. tk pernah 
dapat bunga lagi nih.. selama 22 tahun.. eh tertibe lak kan.. haha



                                                                                         luv much_leha


Thursday, February 2, 2012

Mengapa Babi Haram Untuk Umat Islam ?


oo baru la saya tahu kini..

     Ada seorang ilmuwan bertanya kepada seorang Ulama mengenai babi:

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat Muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

 
Ulama : Haramnya babi bukan kerana sebab itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam.

 
Ilmuwan : Apakah itu?
Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang diisi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi diisi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menekanya?

 
Ilmuwan : Tidak boleh!!!!

 
Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama di mana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina, 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

 
Ilmuwan : Pada kandang babi?
Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut-ikutan memakan babi, maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.


Babi terbesar di dunia yang pernah dilihat di Pertanian Wilayah Liaoning Museum, China. 

Babi besar ini diumumkan sebagai Guinness Book Of Records. Seberat 900 kg (1984 Pounds). Babi tersebut yang mati pada tarikh 5 Febuari tahun ini, dikatakan sebagai babi yang terbesar di dunia dengan panjang badan 2.5 meter dan mempunyai saiz pinggang 2.23 meter beserta gading sepanjang 14.4 cm.

Kalau boleh, tak payahlah iktiraf benda ni di Guinness Book Of Records kan. Bukannya hensem pun, hodoh semacam je babi ni haha.. 


                                                                                                                            luv much_leha

Monday, January 30, 2012

Yang Benar tetap Benar

assalamualaikum.. 

sign in muka buku, check notification, klik and then read status frenz.. and then klik home..
scroll down.. wait…… i see something from abg ben status..  




diupdate oleh miss hazanis daripada blog nya “love is cinta” suka leha bila baca blog dia.. dengan header dia yang kemas.. betul kata abg ben “kemas segalanya… kena antara satu sama lain”



entry tersebut tentang seorang wanita pertama Malaysia.. juga seorang tokoh wanita, siapa lagi kalau bukan Datin Seri Rosmah Mansor.
kredit to adik Muhammad Muizzuddin bin Zaini yang berani menyuarakan pendapat beliau dalam  Surat Terbuka untuk Datin Seri Rosmah Mansor.

dalam surat tu dia menyatakan ketidak puasan hatinya terhadap Datin Seri.. sama juga seperti saya.. sememangnya tidak berpuas hati.. tapi kesedaran di mana kita berdiri.. membuatkan saya hanya boleh membaca dan melihat di media hari ini tanpa berkata apa-apa serta mulut lidah terkunci dengan rapatnya..

tapi bagi adik Muhammad Muizzuddin, dia seorang yang berani kerana berani menghantar surat kepada datin Seri.. saya sangat setuju, sampai bila lah.. rakyat malaysia nak tunggu lagi kan.. hanya untuk melihat pemimpin kita berubah.. kepada seorang muslim yang sejati.. 

jika nak ikutkan saya pun bukan seorang yang waraq sangat pun siapalah saya nak bercakap mengenai isu-isu sensitive macam nih kan.. belajar hanya lah setakat diploma sahaja, masih lagi bertudung lilit sana lilit sini.... tapi sebagai seorang perempuan.... apabila seorang individu lain mengutuk pemimpin kita mestilah terasa panas kan.. panas dengan kebenaran yang tidak dapat disangkalkan lagi….. jika melihat kepada cara hidupnya ternyata ia adalah satu kebenaran yang terlalu sukar untuk diterima… tetapi itu adalah rezeki daripada yang maha Esa untuknya….
akhirnya kita hanya mampu berdiamkan diri saja, kan….


dia seorang pemimpin tapi bagaimana harus dikatakan lagi kalau beginilah pemimpin kita sudah tentu semua pengikut nya marah dan tidak suka kan..kebenaran jelas di depan mata.. errmmmm je lahh.
Cuma mendoakan yang terbaik untuk dia…

seorang lagi tokoh wanita menjadi pujaan leha kini adalah diva Malaysia yang tidak asing lagi di Malaysia penyanyi wanita no.1 negara siapa lagi kalau bukan
Dato Siti Nurhaliza


I very adore dato’siti.. kerana bakat yang ada pada beliau yang dianugerahkan oleh yang Maha Esa..
peminat-peminat dato siti pun marah kalau ada orang lain yang memburuk-burukkan beliau kan.. ermmmmm so berubahlah.. kalau tutup tu tutup lah seeloknya.. Dato siti pakai tudung lagi cantik… kan kan.. well saya peminat dia k.. hanya mampu mendoakan dia akan berubah….  

daripada hanya mengkritik dalam laman social muka buku dan twitter sahaja untuk apa kan.. kalau dah tak puas hati beranikan diri face to face.. walaupun kepada perdana menteri sendiri kalau berani nyatakan pendapat anda.. dan nyatakan langkah-langkah yang lebih baik daripada itu.. supaya bukan sahaja pendapat yang kosong tetapi bernas.. contohnya,  itu tak benar ini tak benar.. nyatakan pendapat anda yang lebih bernas dan lebih benar lagi.. mestilah PM kita akan membalas..


ini tidak, hantar komen yang bukan-bukan.. pendapat pula lebih kepada mengutuk sahaja.. jangan la marah.. saya bukan mengatakan apa yang dilakukan oleh mereka-mereka yang di atas itu semua, adalah benar..yang benar tetap benar.. yang salah tetap salah..

Cuma saya kurang setuju dengan pendapat-pendapat sekarang ini.. berkata ikut sedap mulut saja.. biadap sangat.. apelah yang teruk sangat sampai perlu bersikap kurang ajar begitu..
bila isu-isu seperti ini timbul tak kira lah pada peringkat golongan dewasa ke remaja ke.. akhirnya bukan perpaduan yang tercapai sebaliknya perpecahan..

benda-benda alah macam nih.. saya sendiri pun alami… itupun dengan sahabat baik saya sendiri..
duduk di satu gerai sedang je sedap lepak-lepak… tertiba kalau masuk ja bab isu-isu macam nih… haru biru juga jawabnya..sampai tangan-tangan di atas dah.. itu nasib tangan lagi, kalau kaki jenuh jugaklah.. tapi sekadar untuk menghangatkan lagi topik kami memang macam tuh.. haha semuanya nak menang saja.. pokok pangkal sebenarnya tak tahu pun..

so ape kebaikan yang kita dapat.. dari saya masih belajar lagi.. isu seperti ini hangat diperkatakan, sampai lah saya nih seorang penggangur.... tak pernah jumpa penyelesaian nya pun.. dia bangkang sana dia bangkang sini.. dia sokong sana dia sokong sini..
 jadi orang seperti saya nih layak ke nak bersuara..

Cuma saya rasa panas bila ada orang mengutuk sana mengutuk sini.. tapi untuk apa nak bertengkar sapa salah sapa benar.. sedangkan diri sendiri pun masih mengharapkan duit kerajaan.. mengharapkan kerja kerajaan untuk lebih senang...yang sudah kerja kerajaan.. alhamdulillah, insyaallah tak susah hidupnya…..jadi tanya lah diri sendiri dan ingatlah di mana kita berdiri.. setiap persoalan ada penyelesaiannya.. ..
yang diam tuh lagi la.. bukan diam saja.. diam kerana malas nak panjang cerita..
memang panas punggung pun kalau baca.. siyes leha pun jadi panas sangat nih..
tak caya meh rasa..

well, lidah terkelu sahaja, diam seribu bahasa..
korang pun mesti tarik nafas panjang2 kan.. macam leha gak la.. ermmmmmmmmmmmmmmmmm
cam tuh lah.. apa yang boleh nak cakap lagi….
ermmmmmm lagi....

p/s: kucing dato seri cute ngatttt aishhhh


                              
                                                                                                                     luv much_leha



Saturday, January 28, 2012

Saya Terima Awak Seadanya


 awak..org laen kata awak x hensem...tapi pada saya awak hensem  sangat...org laen kata awak

gemok..tapi pada saya awak comel gitu...org laen kata awak kuat cemburu tapi pada saya

cemburu awak itu tndanya syg..org laen kata awak ego..tapi pada saya semua itu normal bagi

seorang lelaki..macam awak...org laen jugak kta kita x sepadan..tapi pada saya..sepadan atau

tidak x menjamin kbhagiaan sya...n org laen jugak suruh saya tinggalkan awak...tapi saya

xnak..saya lebih kenal awak dari diorang...walaupun awak slalu sakitkan ati sya...saya x

kisah..saya hanya tahu yg saya hanya cintakan awak..saya terima awak seadanya...n saya harap

kasih sayang awak xkan penah berubah...sampai akhir hayat awak...n harapan saya agar kita


dapat mendirikan rumah tangga.untuk merubahkan yang haram menjadi halal..agar sentuhan kita

menjadi pahala.. N menjadi pasangan bahagia sampai akhir hayat kita berdua...

                                                         luv much_leha


Wednesday, January 18, 2012

first time giveaway contest




syarat-syarat untuk giveaway:

1. peserta dikehendaki untuk menulis satu entry 
Entry tersebut hendaklah menjawab soalan-soalan ini:

i) 3 sebab anda ingin menang hadiah yang disediakan fullmusik?

jawapan: 

a)    semalam saya bermimpi bahawasanya saya sedang menggunakan kamera instax mini fujifilm bersama kawan-kawan saya.

b) selama 22 tahun, saya tidak pernah mempunyai kamera.. 

c) mengapa perlu membayar lebih, dengan menggunakan fullmusik, berpeluang memiliki instax mini fujifilm yang membuatkan diriku begitu berharga.. 

ii) berapa lama telah guna fullmusik di blog?

jawapan:

saya telah menggunakan fullmusik dan telah menjadi sebahagian dari fullmusik selama 2 jam 44 minit dan akan setia kepada fullmusik sampai bila-bila...

2) wajib linkkan entry kamu kepada


3) blogger dari Malaysia sahaja

yes i am from malaysia

4) mempunyai blog


5) peserta harus lah menghantar detail penyertaan seperti
nama, url entry dan email addres di


and lastly  isi contest form nih tau pada



* macam nih yerr *


for your information.. giveaway contest ini adalah paling mudah bagi leha.. tidak merumitkan, tidak memeningkan kepala anda.. mudah kan... macam instax mini fujifilm ringan dan mudah dibawa.. tengok tuh.. express picture for anyone kan kan..

nih lah fullmusik giveaway yang akan menjadi milik leha insyaallah ^_*




hadiah tempat kedua pun ada ok...just try tidak merugikan..




korang nak jugak errr!!.. klik sini..


http://fullmusikrequest.blogspot.com/2011/12/fullmusik-giveaway.html &  http://jancoks.blogspot.com/

cepat2 and banyak lagi hadiah yang menanti anda...
jangan lupa joint lah fullmusik.. kenapa perlu membayar lebih.. :D
memang berbaloi-baloi..


p/s: first time leha masuk giveaway contest.. hope adelah rezeki dari-Nya untuk leha aminn.. peace



                                                                                     luv much_leha
 









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...