Sunday, July 8, 2012

Nur Arissa Umaira

                                                          assalamualaikum 

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi yang tidak terhingga, kerana telah mengurniakan seorang bayi perempuan yang cukup sifat semuanya kepada abang nasir iaitu anak ketiga dalam family aku. Selama 2 tahun lebih berkahwin bersama isterinya ramdiah binti etti ramli, akhirnya berjaya juga mendapat zuriat seorang baby perempuan. ohh so suweet kan. Aku pun dengan automatik nya dapat baby juga. 

So sekarang ni, aku sudah mempunyai tujuh orang anak. empat lelaki tiga perempuan. kahwin belum lagi. ohsem kan. Sebenarnya anak saudara @ anak buah dipanggil anak menakan dalam bahasa loghat perlis. hehe

Panggilan Makndak atau lebih glamour Makndak Cik ok. its sound sumtime like Landak. its totally difference from the original. korang jangan memandai nak menokok nambah pulak. seperti anak saudara aku yang bernama mohd adib adham. kadang kala terlajak kata kalau terlajak perahu memang boleh diundur, tapi terpanggil landak memang korang gelakkan aku lah kan. haii macam la tu kanak-kanak periang. 

Dalam adat melayu, cina india pun selalu nya ada pantang larang tersendiri terhadap ibu yang baru lepas bersalin. Pantang larang memang wajib dijaga kerana apabila seseorang ibu itu melanggar pantang larang akan membawa akibat nya di masa hadapan. cewah macam mak jemah lak aku. Pantang apa aku pun tak tahu. Serah pada yang pakar

tempat beradu ibu dan anak. 



persediaan untuk baby. satu sut warna pink. semua nya dipilih sendiri oleh papa and maktok nye. 



abang aku salah seorang bapa yang paling caring. segalanya diuruskan sendiri oleh beliau. Lahir saja baby gurl dia, dia pun berubah menjadi seorang bapa yang prihatin dan bertanggungjawab. segala nya disediakan sendiri daripada pakaian ibu sehingga lah pakaian baby. kiranya semua-semua lah. siapa tak sayang anak oi.. anak first pulak tu. 
bravo my bro. gud papa. 

time tunggu baby di hospital.. boring deyhh 


tadda. welcome to the world.
Nur Arissa Umaira Binti Mohd Nasir

daaa sampai dah di rumah mak tok.. haii semua 
subhanallah sungguh comel ciptaan Nya. alhamdulillah 

nama saya nur arissa umaira. sesuai tak?.. offcourse la kan. 


umaira yang bermaksud kemerah-merahan. tengok dah blushing dah dia. heeh


ermmm selesanya



dah buka mata dah. welcome to the house.


eh nangis pulak dia. hehe okeh bukan salah aku k. budak ni yang suka nangis.




setia menanti bgchik dan kakchik arissa. alya qaseh sepupu arissa sehari sebelum itu lagi dah terpacak kat rumah aku dari pagi sampai malam. tunggu baby mak lang nak balik. pandai ye budak-budak sekarang ni.
sepupu sepapat nih. 


tengok tu. nak jugak amik pic dengan arissa.


tengok abang chik dia nak menenggek jugak.. haha
"bila besar nak jadi macam makndak lah." arissa say hehe


saya suka tidur. 
ok saya nak tidur dah. gudnite alls.. 





Friday, July 6, 2012

Segmen Blog Rilek-Rilek



Assalamualaikum. 

Tengah-tengah rajin Bw, terjumpa satu segmen ni. Yang tersangat simple and tersangat menguntungkan. Siapa nak dapat kawan ramai, jom kita serbu blog cik rilek-rilek nih ok.
walhal aku nih bukan nya rajin pun nak main segmen-segmen bagai. Tapi Blog Cik rilek-rilek nih memang pandai menarik perhatian aku untuk bersegmen. hehe salam perkenalan ye admin. 
Korang nak famous mesti join segmen nih oraite

don't forget!!
Klik pada gambar di bawah. 


sambil rilek sambil minum kopi.. *_^







Thursday, July 5, 2012

Butterfly



Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes

Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau

Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu
Repeat reff







Salam Nifsu Syaaban 2012




Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalambahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“ Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda  selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.” ”


Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.





p/s : leha ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan yang telah leha lakukan selama 22 tahun leha hidup di dunia ini. Sesungguhnya semoga amalan kita diredhai oleh Allah S.W.T


Sunday, June 24, 2012

Sunday Story



Pada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-pari tasik kepada Pak Ali.

Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua? 
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari-pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Anderson...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

have a nice sunday.

Monday, June 18, 2012

Trip Hadyai and Clonget Thailand





assalamualaikum.. 

haii peeps. lama sangat aku tak bershopaholick nih. Rasanya lebih kurang 5 bulan tak shopping. gila kau sedih kot. Nak wat cam mana kan baru start kerja so 3 bulan gaji baru la dapat. masyukk tu.
  Dapat ja peluang apa lagi. terus pergi cucuk duit la. Cousin aku ni pulak memang suka shoping. aduh memang superb la beb best sangat-sangat shoping dengan diorang. terbaek lah.. jom usha pic nih.

tempat dia memang best la kau. oversea lagi tu, aku p shoping. haha sebelah ja pun. perlis kan sempadan thailand so memang dekat la. lebih kurang perjalanan dua jam sahaja. 
bagi penduduk tetap di zon utara perlis, kedah, pulau pinang and perak dibenarkan untuk membuat border pass. pengganti passport card. so harga dia rm 10 hinggit jer. murah kan kan. limit sehingga 6 bulan. 
so bila-bila nak pergi oversea pun tak kisah la kalau tak ada passport.


wif miss kelly time ontheway ke thailand.

border pass nih boleh dibuat di pejabat imigresen iaitu di sempadan Malaysia Thailand. takperlu nak susah-susah, senang ja bawak diri bawak duit cukup. Tak ada gambar berukuran passport dekat situ semua disediakan. aku pulak malam sebelum nak pergi tu terkial-kial cari gambar berukuran passport. damm
betul. erghhh 


tengok muka aku, looking excited tak? tapi nampak lebih kepada awek cun pulak kan. hiewhiew

So time to move. destinasi nak mencairkan aset aku adalah di hadyai dan clonget. pelik ja kan bunyi tempat tu. hadyai tu memang korang sedia maklum lah kan. tentang clonget tu dekat ja tempat dia dengan hadyai.  one way ja. khabar angin dari cousin aku, clonget tu adalah market terbesar di situ. so siapa-siapa yang gila shoping boleh la pergi ke sana. nak barang-barang branded semua ada.
Ha terkejut kau, market jual barang branded doh.. nak tahu korang kena pergi sendiri lerr.





bajet hot se tuff letteew.


nak posing jap. jangan la marah.. hikhik
aku nih beruntung sebenarnya sebab ada cousin aku yang begitu ariff dengan hadyai ni. so tak perlu nak upah travel guide ke, nak kena sewa kereta la. memang untung gila kot naik kereta myvi orange miss kelly. hehe thanks dear..



duit siam. lelaki tu tak hensem kan kan. 
ha baru ja lepas money exchange. jangan pulak kau tak tukar duit.
thailand mari bukan malaysia mari na..nanti nak beli, sape pun tak terima duit malaysia kau tu.
tak laku beb kat sana. heh
                    first tempat kitorang pergi mestilah clonget. sebab market nih setiap hari sabtu sahaja. so tak   yah dok berangan nak pergi hari lain nah. 




sampai-sampai ja terus pilih beg. salah satu kedai yang menjual beg kulit. 
Miss kelly memang pantang dengan beg. crazy betul dia.
kelly pegang beg fossil dohh.
terkesima gak la aku bila dengar price dia.  SO CHEAP!!



aku pun nak jugak. mana boleh dia sorang ja. 


ada gaya model tak... phuii amoihh korangg


ni lah market nya. kitorang sampai awal kat sini. so tak berapa nak jammed lagi la. 



masuk dalam lagi. adeyhh dah macam gudang baju dah.. 

aku semestinya akan memborong seluar jean.. perghh style beb. 
mamat siam belakang pun nak post jugak lettew.


destinasi kedua hadyai thailand. Dah abih shoping tukar venue pulak. citarasa pun terus bertukar.



kau tengok lah minah nih. dah abih baju seluar kasut pulak.. memang duit gaji aku 3 bulan pun tak cukup la beb..lai lai 



tak terpilih kot semua pesyen kasut ada. adeyhhh lenguh mata banyak sangat bling-bling.


sempat lagi dok berangan : kan best ada satu bilik kat umah aku yang di khaskan untuk kasut ja. aduhhh 
tak tahannn!!!


taadaaa kerabu sotong memang special lah.. dah abih shoping nak kena isi perut la. 
dah berkeroncong teruk sangat dah nih..

ini pulak tak diketahui nama dia. haha tapi memang sedap la nak habaq nih weehh 
sedap ngaaatt

tom yam seafood thai. memang berpeluh siapa yang mencubanya. fuhhh berapi kot..

jom makan.. tgk tak sabar dah.. phiewww dap tu.
korang kalau nak makan jangan la risau hadyai tu adalah salah satu tempat penduduk islam yang teramai jugak la. hehe korang jangan jelous. makan dulu yerkk



 mama and daddy sara. 
thanks kilija you make my day happier.. thanks so much.. luv u my sis.

dah kenyang habis la story.. 

have a nice day ;)





Thursday, June 14, 2012

wordless wednesday


assalamualaikum..

korang still ingat lagi tak kartun nih. Masa kecil-kecil dulu bila abang beli paper utusan malaysia, mana la aku nak tahu sangat pasal politik nih. Satu hape pun tak paham nak baq ang nih.. haha 
So Bila baca paper ja, mesti kartun nih yang aku baca dulu. hihi best kan.






nih la akibatnya apabila streamyx di rumah problem. terus p kfc.. adeyhhh rentas pitis gue.. bukan setakat online siap makan sekali bedal.. aduhhh

tertiba cun pulak. ehh


my lil sis ecah, pegang pensil konon nya study la kan.. padahal dok snap pic.
hampeh betul.. 




budak nih dah jadi boring tahap apa dah.. tunggu sis dia sampai 2 jam. haha

susah nak dapat bersama-sama dengan sis aku nih. biasa la aku kan busy memanjang.. time nih pulak salary masyuk pulak.. ermmm belanja kfc la ke dia..
tertiba kan. sayu je rasa. macam nak nangis pun ada. aku miss much dengan sis aku yang tinggi lampai sorang lagi tuh.. first time jauh dengan family. further study di UIA. syukur alhamdulillah for her. 

*syafiqah senawi*

i know this is too hard for her. but u can do it my gurl. 
now i really miss u so much.. dammm 
take care 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...