Sunday, August 12, 2012

Pasang angan-angan tinggi tanpa usaha tak berguna


Assalamualaikum..

Hari ni teringin nak jadi ustazah sat. haha jom kita duduk menelaah serta fahami maksud yang tersirat daripada yang tersurat. Lapangkan lah dada dan ambil masa untuk renungan kita sebentar. Lebih kepada aku sebenarnya nih. ^_*

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmim yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya).
Oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan jangan lah engkau bersikap malas dan segan .

Dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: kalaulah aku  lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi sebaliknya katalah: Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan kalau itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.
Aku pun selalu jugak la guna ayat tu kuikui. kalau la dapat kahwin dengan anak orang kaya. Huh tak relevan langsung kan. Tak masuk dengan topik asal pun. Erghhh kalau berangan mesti nak letak ayat kalau kan. eceh  korang pun sama la tu kan kan.

Setiap mukmim itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkann kebaikan dalam hidup, manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.

Mukmin yang betul-betul beriman tidak akan mudah berputus asa kerana segala yang berlaku adalah ketentuan Nya. Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan manusia. Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh mencapai sesuatu dan meminta pertolongan Allah SWT supaya dengan ihsan Nya, Allah memberikan taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan kerana sebijak atau sekuat mana manusia, tetap berhajat pertolongan dan pimpinan Allah SWT.

Kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah maha berkuasa . Allah menjelaskan, sesuatu yang boleh diusahakan manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya. Ha macam aku la tuh. Boleh pulak berangan nak kahwin dengan anak orang kaya. huh
Jika usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan reda, tenang, tenteram kerana hal itu pasti mengandungi hikmah tersendiri yang hanya diketahui Allah.

Jangan sekali-kali menyebut kalau jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membawa kepada hasutan syaitan yang menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak reda kepada takdir serta ketentuan Allah yang Maha Esa.


Dengar tu jangan sebut kalau k..
Selamat beramal renung-renungkan..

p/s : kalau la boleh makan kfc time-time nih sedap gak nih.. ^=^

Dato ct Nurhaliza punya nih..waduh-waduh semart sihh.. 











Saturday, August 11, 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Subhanallah..Subhanallah... Subhanallah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah...Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah dengan segala nikmat yang telah Engkau berikan.. 
Air mata aku mengalir tanpa henti.. sendu nya apabila tengok satu iklan tentang anak yatim.. hilang terus macho aku. Dari start video iklan, air mata aku pun amboii.... mengalir deras sungguh...semacam ja, hidung pun berair.. erghhh  

Mood nak update entry terus hilang apabila aku terhenti pada blog Encik Ujang nih. Jom tengok video iklan tentang anak-anak yatim.. iklan daripada Bernas. proud to Bernas team. eceh tertiba lak..  sangat-sangat menyentuh perasaan.. 



                    Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup..

Aku pulak terus jadi emo tertiba rindu kat mak aku pulak.. bukak pintu bilik mak, time mak tengah tido, terus aku peluk cium dia. Mengalir lagi air mata. ahh peduli kan kemachoan aku semua itu. Yang penting 
Mak i luv so so Much.. sob sob.....Ya Allah, Engkau panjangkanlah umur kedua orang tua ku......tisu please.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi.. kalau dia start memang panjang berjela la cik leha ehh.

                ...................................................................................................................................



LARANGAN DAN ANCAMAN BAGI YANG MENYAKITI ANAK YATIM

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Jangan demikian, sebenarnya kata -kata kamu itu salah. Bahkan perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana kamu tidak memuliakan anak yatim, malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya."
" Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin"
Surah Al Fajr : 17 - 18 ( Tafsir pimpinan Rahman)

  Suatu ketika, Rasulullah saw bertemu beberapa anak yatim yg sedang bermain dan Baginda mengusap kepala anak yatim berkenaan dan berkata, "Aku juga anak yatim, siapa yg mengasihi anak yatim bererti dia mengasihi diriku. Aku dan orang yg mengasuh anak yatim berada di syurga seperti ini (Rasulullah memberi isyarat jari telunjuk dan jari tengah yg direnggangkan sdkt antara kedua2 jari itu )," Hadis riwayat Bukhari

" Maka adapun anak yatim itu, maka janganlah kamu hinakan ( Ad - Dhuha : 9 )
Oleh sebab itu engkau telah merasai kenyataan itu dan Allah sendiri yang yang menanamkan kasih sayang kepada pengasuh - pengasuhmu diwaktu engkau kecil maka hendaklah engkau tunjukkan pula kasih sayang kepada anak - anak yatim , janganlah engkau bersikap keras dengan mereka , jangan mereka dipandang hina. Tanamkanlah perasaan kepada anak - anak yatim itu bahawa mereka dibela, dibelai dan dikasihi. Harta benda mereka hendaklah terjamin sampai mereka dewasa.






Tuesday, August 7, 2012

Petunjuk DariNya_part 1


Assalamualaikum...


6 Ogos 2012(18 Ramadhan 1433)
            Sudah masuk 18 ramadhan umat islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah aku juga masih sempat menunaikan ibadah ini sehingga saat ini. Selesai saja  menjamah hidangan berbuka puasa dengan family aku, port paling kelia aku lepak ialah hadapan lappy dalam bedroom aku. fuhh memang senang nya dalam hati, tak terkata la kan, perut kenyang macam ulaq sawa dah. tunggu nak belingkaq ja lagi. (melingkar atas katil kononnya perut kenyang la) loghat perlis mai dah cik leha ehh. Selesai menunaikan fardu wajib aku berteleku depan laptop and then rajin pulak BW tengah-tengah malam ni, dan terhenti seketika pada blog Kunfayakun.

            blog cik farah lee, suka sangat aku baca blog dia. she just an ordinary person that who is change for a better way. Dia seorang yang memilih jalan yang sangat mulia di sisi Allah. Pada pengamatan aku la, berdasarkan entry-entry dia sebelum ini dia juga seperti perempuan yang lain, sentiasa mengikuti perkembangan semasa, budak-budak perempuan zaman kini maybe in modern style lebih minat pada fashion yang lebih vouge. Tak berkecuali dengan aku juga. hihi and then she's journey change her attitude, personality, lebih tepat lagi dia memilih untuk berhijab.
            
       Dalam salah satu entry dia yang menceritakan bagaimana dia ingin berubah untuk berhijab serba sedikit menyentuh hati kecil aku nih rasa sebak pun ada. hilang terus macho aku.. haha copy paste dari puan farah. Dan aku pula mula memikirkan kebenaran nya iaitu untuk berubah adalah bukan mudah tapi tidak susah. Semuanya terletak pada hati kita. Ya memang tak susah pun kalau setakat nak berubah pakai hijab ni. Lagi-lagi sekarang ni style berhijab dah jadi trend kan. Bila bukak fb je, penuh model-model hijab mempamerkan koleksi tudung-tudung yang memang boleh merambangkan biji mata aku yang tak berapa nak bulat sangat ni. Ya aku pun memang gila kalau bab-bab tudung ni. Cantik kot..haishh nafsu-nafsu.
  Tapi keadaan sekarang ini berbeza adakah kita berhijab kerana berfashion atau berhijab kerana Allah.

 "tepuk dada tanya hati..."
aku juga kelu dengan keadaan itu. Dan perubahan itu sebenarnya adalah sesuatu yang mudah untuk diungkapkan tetapi ia adalah sesuatu yang susah untuk disempurnakan. Aku akui kejahilan aku selama ini menutup pintu hati aku untuk berubah ke arah yang lebih baik iaitu lebih mulia di sisi Allah s.w.t. Dan terkadang itu aku selalu bertanya pada kotak fikiran, tubuh badan dan juga hati aku yang hitam kini..
Bila perubahan itu akan berlaku. Bila nak mula. Bila nak menurut perintah yang maha Esa..
Bila, bila dan bila??? 
persoalan aku yang aku sendiri tak boleh nak jawab. Sebenarnya aku tak mampu nak jawab.. sedangkan itu pada diri sendiri. apatah lagi kalau dengan orang lain. Malu.... ya perasaan itu selalu juga datang. lebih-lebih lagi datangnya bulan Ramadhan. 



"Hijaab of the clothes should be accompanied by hijaab of the eyes, hijaab of the heart, hijaab of thoughts and hijaab of intention." [Dr. Zakir Naik]

         Aku bertudung, tetapi hanya pada pandangan manusia. Tapi hati hitam aku ni selalu berfikiran ishh kalau berubah macam mana nak pakai jeans skinny, pakai baju fashion-fashion body ni semua. ala teringin sangat ni. jeans baru ja beli. aduhh style tuuhh 
kadang-kadang sesak otak aku nak fikir. sedar keadaan itu, tapi biarlah nanti aku berubah la. see.. and i found that change is not easy. Tidak semua manusia sempurna, begitu juga dengan aku. tetapi berusaha ke arah itu adalah sesuatu yang baik kan. aku juga inginkan kesempurnaan seperti itu. aku akan berusaha untuk berubah ke jalan Nya.. pimpin lah aku Ya Allah.. salah satu perkara yang boleh merubah hati hitam kita ialah dengan melengkapkan diri dengan solat. Tunaikan yang wajib itu semoga ia lebih sempurna. Dan apabila seseorang itu melakukan solat lima waktu sehari semalam insyaallah akan terbuka hati hitam nya untuk bertukar menjadi putih.

           Dahulu solat aku tak pernahnya nak lengkap. Tak pernah nak cukup kalau solat maghrib dengan isya, solat zohor dengan asar tinggal. solat subuh lagi la. Ya Allah berat sangat solat subuh ni kalau nak bandingkan dengan solat yang lain. ye la nak bangun pagi kan. padahal dua waktu ja pun. astaghfirlahalazim..... bulan puasa pulak, normal la kalau perempuan tinggal puasa kan. ye la dah uzur. tapi diwajibkan untuk menggantikan puasa yang telah ditinggalkan. eceh ayat. tapi betul la kan. 

so kalau nak diikutkan semenjak aku baligh ni rasa-rasa tak pernah sekali pun puasa ganti aku penuh. padahal dalam setahun ada banyak hari kot. nak ganti 7 8 hari yang tinggal itu pun susah ye cik leha. ya tepuk dada tanya hati. Jahilnya aku. cik leha ehh nama ja solehah.. perangai nya tak solehah mana pun. hehe Dan pada suatu hari aku terjumpa dengan seseorang yang membawa aku ke jalan yang mulia ini. Aku ni bukan la jahat mana pun. solat solat juga tapi tak cukup. pakai tudung, tapi jeans sendat.. trend kan. somebody ni bukan lah seorang tahfiz ataupun ustaz. tapi dia adalah seorang hamba Allah yang dijodohkan pertemuan dengan aku. ecehh ayat. haha 

           aku mula tertarik pada dia bermula pada saat aku mendengar suara dia dalam telefon. Eceh nak kata jatuh cinta pendengaran pertama la nih. haha time tu bukan main lagi aku bergayut sakan. walhal tak pernah berjumpa pun. pantang ada jejaka nak berkenalan dengan aku nih. Mula la buntut nak kembang-kembang. Saham tengah naik katakan. haha but seriusly, dia ni seorang lelaki yang sangat tinggi ego dia. 

Tapi dia penyanyang. Bukanlah sebab suara dia aku teringin nak berubah tapi disebabkan pada suatu saat aku dengar dia mengikut membaca ayat-ayat al-quran. time tu  10 minit lagi nak masuk waktu asar, berkumandang surah-surah al-quran yang dibaca oleh radio ketika kami lepak-lepak berdekatan dengan masjid politeknik merlimau Melaka.  Sayu je dengar dia baca ayat-ayat tu. Dia menunjukkan aku satu laluan yang aku akan rasa sangat-sangat tenang kalau aku cuba mendekati jalan itu. Di saat itu hati aku hanya Allah saja yang tahu.. tapi aku dah tersilap tafsir time tu. 

             Dengan easy nya aku boleh fall in luv dengan dia. aduh..problem betul hati aku time tu. Nasib la kisah cinta aku ni boleh dikatakan tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. So sedaya upaya mana pun aku berusaha dia tak juga fall in luv dengan aku. So ujian datang bertimpa-timpa. hoping tinggi menggunung sangat memang failed la jawab dia. Jalan yang paling mudah adalah aku memohon daripada Nya. tak susah nak buatkan orang suka dengan kita ni kan. Just mintak pertolongan dari yang maha Esa saja. Tapi kalau nak mintak dengan diri tak lengkap kau ingat dia nak terima ke, dia nak bagi ke.. 


hahaha mimpi je la sayang eh. ujian aku ni sedikit je kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Jadi kotak fikiran aku memang memainkan peranan yang sangat tepat. Perlukah aku pada cinta seorang manusia berbanding cinta daripada Allah s.w.t??? Nasib la aku tak mengikut kata hati seperti hati wanita-wanita yang lemah yang sanggup membunuh diri atau ada yang sanggup melukakan diri sendiri. kejam terhadap diri sanggup mengikut kata-kata syaitan. Menyimpan perasaan dendam dan hasad dengki semata-mata kerana cinta manusia. Nauzubillah.... tidak bagus sama sekali ye adik-adik. eh tertiba pulak akak leha ni ye.

          Jadi dengan hati redha dengan kekecewaan aku yang tak seberapa tu i let it go. Alhamdulillah tenang... oo dah kecewa baru nak ingat Allah macam tu la manusia. Say lah what you want to say. thats true about that. Aku juga mengakui apabila aku kecewa, apabila aku susah kepada Nya aku mencari. And now i found it. Sekurang-kurangnya aku tidak hipokrit dan aku tidak menidakkan kebenaran itu. Hati manusia adalah selembut-lembutnya apatah lagi hati seorang perempuan...Mungkin faktor itu yang menunjukkan aku ke arah  yang lebih baik. Guys one thing you must know. Cinta lah pada cinta Ilahi, insyaallah one day Cinta manusia itu akan hadir tanpa diundang. Dia Pemberi Kekuatan Kepada Aku Untuk Sentiasa Berubah tudia ayat kalau nak berjiwang-jiwang serah pada miss Leha. emo sokmo haha 

Dia Sentiasa Tenangkan Hati Aku Dia Buat Aku Sangat Rindukan Dia Dia Mendengar Segala Permintaan Aku Dia Setia Mendengar Semua Masalah Aku Dia Sentiasa Ada di Saat Aku Perlukan Dia Dia Sentiasa Temankan Aku di Kala Aku Kesunyian. Dia memang perfect lah. kalah boyfrenz-boyfrenz uolls tau.. haha ke ayat pasrah sebab cinta tak berbalas. ehh diam lah engkau...

         "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
[2:165]


 to be continued........................................................^_^

          




             



Monday, July 23, 2012

Imagine That I Being A Teacherrr!!!


      

Murid-murid : bangun... selamat pagi cikgu.
Cikgu : Selamat pagi murid-murid..
Murid-murid : cikgu comey la..!!!
Cikgu  : erghh muka blushing gila.ya Allah berikanlah Hambamu kekuatan untuk menempuhi saat-saat getir ini.. "Dalam hati thanks.."urmm
Murid-murid : Cikgu berani yer masuk kelas kami tak takut ker? Muka ala-ala poyo gitu!! plus-plus muka nak macam zizan K.L gengster ...
Cikgu : muka innoncent ja.. dalam hati, eh aku tersilap masuk kelas ke ni..5 seroja betul lah nih... erghhhh

 Am  i dreaming now. Oh no.. unExpected!!!

never i dream about being a teacher..
 "eh tertibe aku rasa nak pengsan. please-please tampar aku cepat" auchhhh
cikgu solehah huuuu ehsemmmm weeeeee

An award that is not finite... thats true about when we ask to him and we pray for him.. actually he always listen to us. Ya Rahman Ya Rahim Ya Malik Ya Qudus. Allah almighty..
alhamdulillah Syukur rezeki di bulan Ramadhan.. tibe-tibe ada benda nak tubit kat mata dah ni.. ishh ni mesti sampah masuk dalam mata aku nih.. huhuuhu nampak sangat nipunye cik leha ehh..

Murid-murid : Cikgu.. jom kita main bola nak tak??
student form 5 asking me to joint them to playing football.. actually football pappperrrr!!!!!!!!
Cikgu : huhuhuu ohh nOOO!!


stay tuned in next entry.
Cikgu Solehah ^_*  





Saturday, July 21, 2012

Ramadhan begin



Assalamualaikum... 
Bulan Ramadhan, kembali dan akan sentiasa kembali selama mana kita masih hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah kepada Nya. Thanks to Allah...
Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya. Itu tandanya Bulan Syawal menanti kehadiran kita. Tertiba teringat zaman kecik-kecik main meriam buluh dengan abang-abang aku. Tak padan dengan gegurl.. aku ni dulu kecik-kecik mana main bunga api tu semua. aku layan meriam buluh cek oii. haha ayat nak kemas je kan.
 Rindunya kenangan tu. Masa mana boleh putar balik kan. Yang ke hadapan ini lah yang sedang menunggu kita sebenarnya. Suka ataupun tak kita tetap hadapinya. wah ayat macam nak kena jalani hukuman.
2012, Tahun yang penuh bermakna bagi aku. Dan pada bulan Ramadhan inilah aku dikurniakan dengan nikmat rezeki Allah Taala yang besar kepadaku. After study keadaan aku sedikit menyedihkan. Keadaan Kewangan aku terlalu teruk kalau nak diikutkan. Tapi dengan berkat kesabaran usaha doa dan tawakal.
 Alhamdulillah Allah memberi petunjuk dan jalan kepadaku.  Pelbagai ujian yang memaksa aku tempuhi, di suatu saat aku pernah merasa letih dan perit untuk aku tanggung. Tapi dalam setiap kesulitan dan kesempitan itu Allah s.w.t tak pernah lupa dengan hambanya. Dan kini aku mendapat sedikit rahmat daripada nya. Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Ilahi... 
Dan ingatlah kawan-kawan sekalian, jangan lah sedikit pun kita melupakan Dia yang maha berkuasa. Sesungguhnya Dia tidak akan melupakan kita atau sesekali meninggalkan kita... 
Kawan-kawan semua jangan tinggal posa ye.  Jom niat cepat. Satgi dok wat-wat lupa pulak. 
"Allah... terlupa niat terbatal posa aku hari ni." seronok yerr..
Niat posa untuk sebulan terus. Tak ada alasan terlupa la apa la. Ha amik kau ^...*
Rasanya macam aku pernah buat jer.. eh tak ada lah. aku selalu ja posa penuh.. Boleh caya kerr?

 
Sungguh Besar Rahmat Nya kepada Hamba-hambanya....

Lafaz niat untuk sebulan :

niat puasa sebulan 
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
   Lafaz niat untuk harian :

Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

**Jangan lupa baca doa buka posa dulu yerr..

Lafaz doa ketika hendak berbuka :

lafaz doa berbuka di bulan ramadhan
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Lafaz doa selepas berbuka puasa :

doa selepas berbuka puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Rebutlah peluang sebanyak mungkin untuk mendapatkan pahala yang berlipat ganda daripada Nya. Ramadhan datang hanya sekali dalam setahun, mungkin esok adalah hari terakhir kita di dunia ini. Jadi jangan lah sia-siakan peluang itu. Selamat beramal.




Selamat menyambut bulan Ramadhan &
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam di seluruh dunia.. 

thanks for reading...






Thursday, July 19, 2012

Sepet Story_Johor Bharu Part 3



Assalamualaikum...

Johor Bharu, ku sangkakan tiada lagi Johor Baru, ku sangkakan tiada lagi sepet story. siapa sangka siapa duga semuanya ketentuan ilahi. alhamdulillah syukur untuk kali ke kedua aku selamat menjejakkan kaki di bumi Johor. jauhnya bukan kepalang lah. kebas buntut aku duduk dalam bas selama 13 jam. hehe 
alhamdulillah dengan jayanya trip kali ini dah selesai setibanya kembali aku di perlis pada jam 11 pagi tadi.

trip reunion dengan rakan-rakan hoki aku masa zaman muda-muda dulu. eceh sekarang dah tua ke. bukan la tua cuma dah matang so dah tak boleh main hoki dah. 

Dengan kesempatan yang ada kitorang planning untuk satu reunion di Johor Bharu sempena pertandingan hoki antara politeknik, MSP. Rindu yang teramat sangat. Best gila boleh jumpa kawan-kawan aku yang berada di perantauan sana. bukan senang cek oii nak jump semuanya dok jauh-jauh. paling jauh aku lah, paling penat pun aku lah.. hehe kitorang menginap di politeknik Johor Bharu. memang hulu la nak habaq ang nih. well syukur semua nya free. 

Pada mulanya hati sudah tidak mahu berjalan jauh nih. memikirkan keadaan aku yang serabut. Salary aku pun tak masuk-masuk lagi nih. dah sebulan lebih dah kerja. buntu betul aku. Mula-mula tak nak pergi. pastuh rasa nk pergi pulak. bajet pulak lari. tukar lagi ermm tak yah p lah. nanti ada rezeki mesti jumpa lagi kan. last-last sampai jugak aku. haha itulah akrabnya aku dengan besties-besties aku semua. Aku fikir peluang nih datang sekali sekala, kadang-kadang tak boleh nak jangka. 



Ha amik kau. dengan travel beg lagi aku angkut. duduk juga dalam perut bas. ontheway to Johor Bharu. 


alang-alang dah transport free, penginapan free aku pun on je lah. ok mesti sebab nak pergi jumpa sepet kan. tak ada kena dengan sepet k. Dia sememangnya ada di sana ja. sebab handle budak-budak poli nak game. kiranya asst.coach jugak lah. hati aku hanya allah saja yang tahu. Tak rasa berdebar masa aku pergi JB sebelum nih. kali nih, hati aku nak pergi dengan kawan-kawan saja. cewah ayat kan. Cuma aku tak tahu macam mana la nanti nak berdepan dengan sepet. Masih dengan angan-anganku tentang sepet, cuma harapan aku dah tinggal kenangan. sedih la pulak.  ^_^

Pada mulanya, sepet tak tahu kehadiran aku di JB. seminggu sebelum aku pergi JB, dia ada bertanyakan, pergi tak tengok game di JB nanti? kiranya macam dia ajak jugak la. Aku dah mula berangan lagi. Ya allah aku nak buang jauh-jauh rasa aku dekat sepet nih. tapi seperti aku diuji saja kan. Jawapan aku adalah aku tak dapat cuti. Bukan main suka lagi aku tipu dia. konon-konon nak surprise lak erk. At last aku yang tersurprise, nah padan muka aku. 

well aku memang suka wat kerja gila kan. mulut kata tak nak pergi, tapi hati dah ready nak pergi JB. apa pun yang terjadi nak pergi jugak. Aku tak tahu dari mana hati aku nekad, mula la wat part time jual ayam goreng tiap-tiap hari. disebabkan gaji aku tak masuk lagi. haha tragis jugak la nak kumpul duit seminggu ja lagi trip kami nih. tak ke aku nih terlalu obsesse. errghh pa-pa ja lah. Satu minggu kerja teruk siang malam, berjaya jugak cari duit alhamdulillah rezeki allah Taala ada di mana-mana saja. yang penting usaha, doa, tawakal.

Pergi jugak kau yerr cik leha. semoga dirahmati olehNya. tup-tup amik tiket bas ke sungai petani, tidur di rumah kawan aku dulu before nak ke JB dengan menumpang bas PSP. wahwah muka excited doh nak jumpa baby aku Nur Qaseh Delisha. nih la yang sebetulnya, aku nak jumpa anak angkat aku di JB. heeeh  muda-muda lagi dah ada anak angkat wahhh.

4 may 2012,Jumaat
Habis saja kerja, aku gegas cari tiket ke sungai petani. suka wat kerja last-last minit. naik bas jam 6.45 adeyhh letih benor perjalanan. ye la tak sempat rest terus ke stesyen bas. dengan membonceng motorcycle wave kaler oren wif sis ikah, nikmat allah hujan pulak turun time tu. Tak ada hal la, merempit jugak. adoii pecut kencang kot. haha


siti hazwanie, lebih manis dipanggil adik wani. tapi aku selalu panggil dia kecik. sebabnya dia terlalu kentot bagi aku. haha kuang jaqq haha 'maafkan saya.' versi zizan raja lawak.



Together-gether. Time ontheway ke Johor Bharu. Apabila sahabat yang sudah lama tidak berjumpa beginilah rasanya. Bila rasa gembira kita tangkap gambar. ^_*


ontheway to Johor Bharu. we us meet again.
dari kiri deyh yanaq, deyh oye-oye, deyh wanie. 


sampai dah stadium hoki taman daya Johor Bharu
hiphip hooreeyy


amik feel dulu. baru boleh tengok semangat sikit nak tengok game.
memang gila glamour kan bebudak nih. ish-ish




model sebenarnya di atas kerusi. yang lain-lain model sampingan ja. hahaha


rindu dekat bas poli psp pulak dah. 
bukan senang nak naik bas poli nih. hehe 



geng keparat. 


tunggu bas nak pergi training. walhal bukan nya kami main pun. pergi holiday je. 
alhamdulillah kami dapat bersatu walaupun berjauhan. Dari perlis, kedah, penang, Kuala lumpur dan terengganu. wahh sahabat satu malaysia nih. hehe 

masa yang dinanti-nantikan oleh aku, tak sabar rasanya bila dapat tahu sahabat aku yumnie syafiqah dikurniakan bby pertama yang sangat comel. alaaaa nak baby jugak. Mood aku tertibe berubah menjadi sengal je. Kahwin belum nak dapat baby macam mana kan. alangkah indahnya ada baby di samping hubby tercinta. fikiran aku mula hanyut bagaikan aku sedang terbang dengan kipas atas kepala, pinjam topi doraeman sat. haha 

nanti besar jadi macam ibu ye Qaseh. wah saja menunjukkan bakat keibuan aku yang mengada-ngada tu.. 


anakku...nur qaseh delisha 

sayangku qaseh rindu sangat-sangat dekat dia. hope u grow with healthy and being somebody success and be proud by your mom n dad.


UNTIE-UNTIE Qaseh yang Vouge. 
mesti tengah cari kan mana satu la mama Qaseh ni. First yang di atas sekali.

Dah abis tengok game cari makan la pulak. mengingatkan nostalgia aku pada sepet. huhu sedih gila wehh
nasi ayam penyet Johor memang favourite aku. sepanjang 4 hari aku di sana. tiap-tiap malam makan nasi penyet. nasib baik la muka eden tak jadi penyet macam ayam tu. Bukan la kecewa sebab tak dapat jumpa sepet, tapi disebabkan aku terlalu mengidam nasi penyet ni ha masa di perlis mana la cari cik oii.. . haishhh ayaq liuq meleleh dah nih. haha nostalgia semua nih. ^_*



mesti korang tertanya-tanya kan mana la pic sepet nih. heeeh jumpa pun 2 3 minit so nak amik pic macam mana. yup aku dah jumpa dah dengan sepet. cuma aku terlalu sedih, pertemuan kali ni dah merubahkan segala-galanya. layanan dia memang sangat berbeza pada waktu aku jump dengan dia sebelum ini. bukan aku seorang yang perasan tapi kawan-kawan aku sendiri yang tegur. Dah tu aku accept je la kan. Aku dah janji dengan diri aku sememangnya aku akan melupakan dia walau macam mana sekalipun. 

akhirnya Allah makbulkan doa aku. Dia memberikan aku petunjuk yang membolehkan aku meneruskan niat aku. Sesungguhnya aku bersyukur aku tak perlu terus mengharap kasih sayang daripada dia lagi. Sepet adalah kenangan aku yang terindah. Dan dia juga adalah sahabat aku yang paling baik. 



Sambutan hari lahir adik angkat aku. pakdin. Sentiasa dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang penyayang dan tersangat sporting.

 my little brother
habis satu badan kena tepung dengan telur. malam yang penuh dengan kenangan terindah. terima kasih kawan-kawan semua. 











Geng keparat yang sentiasa menghiburkan hati aku. 
walhal keadaan aku yang penuh dengan kepura-puraan di ketika itu. Hanya allah saja yang tahu. 
Mereka tetap memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada aku. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. 


dalam duka ada gembira

Yumnie datang bersama Qaseh pada malam tu. Hati aku mula merasa gelisah. Tiba-tiba saja yumnie panggil aku untuk memberitahu sesuatu yang terlalu perit untuk aku terima. Dan aku berterima kasih kepada yumnie dan ery kerana memberitahu aku tentang sepet yang menyedarkan aku kepada harapan aku yang sia-sia selama ini. 

Aku sedikit pun tidak pernah menyesal dan tidak akan sekali-kali menyesali saat aku bersama dengan sepet. pengorbanan aku terhadap dia selama ini sememangnya ikhlas. Ketika berada di Johor Bharu sebelum ini mungkin sepet ada sebab dia sendiri kenapa dia tidak beritahu aku perkara yang sebenar. 

Mungkin di saat itu Dia mahu menguji hambanya. Aku redha Ya allah. 
aku kena sedar, aku mesti sedar, dan aku akan sedar dari mimpi-mimpi aku selama ini. 

Di saat itu aku telah berjanji pada hati aku, pada jasad aku bahawa aku akan melupakan dia dan aku akan buang cinta aku jauh-jauh. Sampai satu ketika cinta itu tak mampu untuk aku gapai...Hubungan aku dengan sepet, tidak ada sebab untuk aku create suatu masalah. 
dia tetap akan jadi sahabat aku.. kerana hati aku telah memadamkan nama dia. jadi tidak ada sebab untuk aku lose contact dengan dia. 

aku tetap akan ada untuk dia...
sebagai seorang sahabat...

thanks for reading ^_*




Monday, July 9, 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.



assalamualaikum.

wah dalam minggu ini saja, kemain lagi ye aku dengan bersegmen bagai. tu tandanya aku betul-betul dalam mood free and diligent. erghh diligent la sangat kan. padahal today is sunday, im always wake up after 12 pm. ishh anak dara ke apa ni. 

seriusly setiap hari ahad ja, macam tu la rutin harian aku. memang tak layak berkahwin lagi kan. nanti sia-sia ja aku kahwin. isteri diceraikan oleh suami kerana bangun lewat. 
ergghh mana tahan. 

ok back to main point. aku memang selalu corner jauh-jauh kan. ok encik fadzmie ni ada buat 1 segmen refer to the banner, setahu aku ini segmen dia yang pertama k. so korang jom la support. tambah-tambah lagi boleh dapat RM 50. uishh siapa yang tak nak duit free kan. 

jom kita usher syarat-syarat dia. 
happy segmen and enjoice.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...