Thursday, August 30, 2012

Kily and Engagement


Assalamualaikum.....

tanggal pada 17 Disember 2011, miss kily iaitu my luvly cousin telah pun bertunang.. happy tak terkata dan orang yang paling terpenting sekali adalah cik leha.... yes aku la tu. heeeeeh segala persiapan dan segala idea untuk majlis pertunangan adalah daripada kily dan aku sendiri. best kan kitorang sendiri yang jadi planner engagement, and also untuk kily wedding.. insyaallah.. 

orang lain update pic raya aku pulak update story setahun yang lalu.. haha apa-apa pun layan ja lah... at last aku update jugak. heeeeh insyaallah after this aku akan cuba update secepat mungkin story sambutan raya 2012.. ermm cik leha ape pun tak boleh!!!

aku pulak tak pornah-pornah jadi designer nih. jadi mak andam terjun tertiba lak kan..first time designer for hantaran kily.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Allah memudahkan perjalanan pertunangan kily..
berangan sat nak jadi wedding planner... Insyaallah one day!!!


at butik pengantin.. aku pun nak jugak pic.. 

yang nih macam kurang ja kan.. cewah kily memang dengar opinion aku beb... 
when i say no she also no.. muahaha tertiba jadi bangga pulak.. wallaweh..porraahh cik..
because kami berdua sememangnya mempunyai chemis sejak dari kecil lagi.. what a same taste.. lol insyaallah aku akan cuba untuk merealisasikan impian kily.. aku sayang gila  dekat dia beb.. so apa-apa pun tak ada halll lahh kily. 


yang nih pulak cari material for kama-kama, fiance kily.. baju lelaki pun mesti la kena material yang bagus jugak.. actually kain ni saja pun dah beratus.. 1 meter rm.... ++ erghh tak sanggup mek.. tapi untuk saat-saat terpenting mesti la nak cantik-cantik kan..so money is nothing lah.."kily"

  
pilih bunga untuk hantaran.. for tunang lelaki mana lebih sesuai.. kalau peach nampak lembut kan..sat lagi tunang dia nampak jambu pulak. haha so better ros purple.. ohsemm perasan sendiri.. aku kalau bab memilih nih macam aku ja yang nak tunang.. excited labih dari tuan dia. ^_* for hantaran pula kita kena la tengok tuan dia tu dulu ye. lelaki or perempuan nak bagi suitable.. aku la kata.. actually memang betul kan.. so kami choose purple nampak lebih seksi.. muahaha

so we choose ros purple.. pilih untuk renda-renda pulak.. 



berjam-jam dok dalam kedai bunga.. haha aku dengan kily always macam tu. selagi tak puas hati dok la situ kau.. 
weehoo time for make gubahan hantaran.. bertungkus lumus aku menyiapkan hantaran ni.. time tu pula cik kily cuba untuk menghulurkan bantuan.. tapi sayang hampir dua jam berteleku dengan bunga-bunga tersebut.. satu pun tak jadi.. hahahah pecah perut cik leha nengok.. sian u kily.. upss sory. its ok but i will do anything just for you.. "kily nak majlis hantaran yang look freshy".. tapi tak ada fresh flower,, just bunga tiruan ja yang ada. so about her idea.. i will try my best. idea kily memang superb so aku pulak merealisasikan impian dia.. insyaallah..


pusing sana pusing sini last-last jadi round about dah.. heeeh


taddaa.. baru siap sejenis... almaklumlah.. hantaran belah perempuan lebih banyak daripada lelaki.. 
mau bengkak jugak la, mata eden.. dari pagi sampai malam baru siap.. tapi alhamdulillah..semua selesai jugak...almaklum la amatur lagi.. kalau pro memang sejam dua dah abih nak habaq ang nih.. 


ha siapa-siapa nak tunang or kahwin nak dapatkan khidmat gubahan hantaran tunang or kahwin jangan malu jangan segan call me now arkuchik.. wallawehh buleh wat business gini cek oii..


 yang nih pulak tempat letak garam and gula.. macam-macam la buleh letak.. ikut suka hati mak engkau lah nyahh....and yang meralatkan aku sangat-sangat is memang oh shittt!! sungguh boleh pulak aku terlupa nak ambil picture for hantaran-hantaran tu semua.. memang erghhhh la kau cik leha eh.. macam nak tetak ja kepala kau boleh pulak terlupa saat-saat penting tu. and now cari sampai hujung dunia pun tak jumpa pic hantaran ni semua.. ni saja lah yang ada.. huhuk sedih betul!!


salah satu hantaran nya adalah chocolate.. dap weeh


tak siap lagi sebenarnya.. tiba-tiba cik leha terpaksa pergi johor bharu pulak time tu. "nak jugak p". ala time tuh kan tengah angau dengan sepet. haha nostalgia kembali lagi..so finishing dia digubah sendiri oleh cik kily and kilija.. so nice..


.....................................................................................................................................

how!!! its nice kan.. 
yang warna merah hati tu hantaran daripada pihak lelaki.. 


     

kini berlangsung nya majlis pertunangan khalilah binti khairi wif kamarul ariffin bin mat nor
Saat-saat bergelar someone's tunang......

ermmm muahmuahmuah

alhamdulillah... sah someone's tunang... hehehe
meet wif incik tunang...


tudia incik tunang dah mai dah.. phewwwiittt!! awat cik leha pulak yang overr nih.. haishhh

pakcik saya nak pinang anak pakcik boleh?.. hehe

u know what.. sometime i really miss ur chubby face.. ohsemm

berangan sat.... princess khalilah...

 u looks so adorable kily....
now we are angaged.... alhamdulillah

peace lepas nih tak leh orang kacau dah.. 


wif incik tunang... kama-kama
yang nih style mengada-ngada sket.. haha 
berangan sat lepas nih sape la pulak nak propose cik leha ehh!!! 
upsss haha
it so lovely dovely....nyumnyummmm


will u marry me!!!!
aku lak yang teruja heeeh

wif her bridemaid.. aku ler tu.. hihi

wahh nampak macam aku ja yang tunang... oh my god.. insyaallah lepas ni hewhew
ni pulak sis ika.. terkantoi curi bunga.. hahaha ape pun tak leh..

thanks dear.. you choose me to be ur bridemaid.. insyaallah everything i will try my best to complete ur next chapter story......



smiling a happiness


just a need one more step and after that u will be mrs. khalilah
be a good fiance, be a good wife, and bestfriend  also be good mommy one day.. Insyaallah.. i will praying for your happines my dear..
congratulation from bottom of my heart ur cousin
arkuchik solehah......

















Saturday, August 18, 2012

Syawal Begin 2012

assalamualaikum....
hiphip hooreyy hari ini sudah masuk hari terakhir umat islam di dunia berpuasa and then syawal pula akan menjengah kita.. yeayy alhamdulillah aku masih sempat merasa ramadhan dan juga syawal pada tahun ini..
So story bab raya nih.. dah siap ke persiapan raya uolls.. aku? offcourse la wehh aku kalau bab raya nih memang tak kan miss punya la.. sampai tak sempat nak update blog ha cam gitu lah.. okeh apa-apa pun cik Leha tak nak membebel banyak-banyak.. nuh ketupat dok panggil dah tu....
Andai jarak tidak kuasa berjabat, Setidaknya kata masih dapat terungkap. pertama sekali aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap.. terutama kepada keluarga tercinta, sahabat terbaik saya dan kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini.. 
kepada sahabat aku yang telah lama terputus ikatan persahabatan.. hari ini dengan rendah hatinya  aku ingin mohon maaf sangat-sangat.. rindunya padamu hanya Allah saja yang tahu.. sahabatku ketahui la aku telah memaafkan segala kesilapan mu.... keadaan aku sekarang nih tak tahu macam mana nak bersemuka dengan mu.. kadang-kadang ego aku terlalu tinggi kadang-kadang aku rasa menyesal kerana aku tidak menjadi seorang sahabat sejati malah aku tidak layak sebenarnya.. sehingga satu hari aku dapat tahu kau bakal menjadi seorang isteri.. Ya Allah gembira nya aku dan demi Allah aku akan doakan kebahagian mu sehingga al-jannah.. maafkan lah kesilapan aku sahabat.. sesungguhnya mengenalimu adalah kenangan paling manis dalam hidup aku.. dan sehingga kini aku tak pernah melupakanmu sahabat aku yang pernah aku sakiti suatu ketika dahulu.....

Dan dengan kesempatan ini saya solehah binti senawi ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali diri ini.. 

alhamdulillah nikmat rezeki yang tidak terhingga.. semoga Syawal ini kita mendapat berkat dan rahmat daripada Nya... semoga kita semua diredhai sambutlah syawal yang mulia dengan hati yang lapang bertafakur dan sujud menyembah kepada yang Ilahi....

weeee Sepanjang Ramdhan terakhir... 

berbuka puasa wif my luvly sis killy di hatyai thailand... dia belanja pulak tu.. ohseemm
first time dating dengan kily berdua saja di oversea.... ohh gegurl  time..

ayam goreng, kurma and lokchin.. 

hotplate. ntah la nama dia. dah 3 kali makan.. Ya Allah sedap sangat.. 
erghh kenyang alhamdulillah..


tengok minyak dia tengah mendidih lagi nih.. macam perut aku gak la.. mendidih dah lapar..

iftar wif killy.. nak jugak iftar aku pun.. haha


pasang pelita depan umah.. 




weeehhooo.. baru balik shoping.. 

taddaaa.....

baju raya kaler yellow.. first time nih.. weee
tak sabar nak pergi kutip duit raya dah ni.. haha padahal dah tua dah.. berangan je lebih.. 


kasut pun nak yellow jugak.. weeeeee



New Born 

haha abang dengan kakak yang tak sabar nak pegang adik baru.. 
Alhamdulillah yang tak terhingga.. abang aku yang pertama baru dapat baby gurl 2 hari lepas.. heeeeh so aku dah ada 8 orang anak.. fuhhh abih la duit raya aku kali nih.. huwaaaa 


Insyaallah kalau diberi kesempatan after raya aku akan update story about my lovely sis.... 
Killy and the bride.. 
actually nak bagitahu aku pun jadi pengantin jugak.. cuma bridemaid ja.. hewhew..





Sesungguhnya Ramadhan kali ini begitu bermakna buat aku.... Selamat tinggal Ramadhan..
                     & Salam Aidilfitri daripada arkuchik Solehah... 





Sunday, August 12, 2012

Petunjuk Dari Nya_Part 2

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum.
             Dan keadaan yang benar-benar merubah aku adalah ketika aku didatangi dengan ujian daripada Allah. seorang lagi makhluk Allah yang entah dari mana asal usul nya telah memberi laluan untuk aku menuju ke arah yang mulia itu. Lebih mudah dikenali sebagai abang angkat. Wah abang angkat terus ye cik leha. eh tak cukup ke dengan 4 orang abang. haha perkenalan yang singkat tetapi telah merapatkan ukhuwah aku dengan abang angkat aku. hanya itu saja pertalian aku dengan dia. Dan aku tak boleh melanggar pertalian itu. Sebabnya dia sudah berstatus tunangan orang. melepas kau ye cik leha....... nak wat macam mana mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan aku dengan abang angkat aku. sob sob

        Baik hati, lemah lembut, periang tapi disebabkan muka dia yang ala-ala gengster itu, mungkin akan membuatkan dirinya sedikit nampak seperti sombong dan garang. ngeee takutnya!!! tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat mulia. Dia juga adalah seorang yang penyanyang sehinggakan hati aku  pun teruji. huishh takmau-takmau.. tunang orang ni. ada hati dekat tunang orang pun dah dikira dosa tahu. apatah lagi ada niat untuk mendekati hati tunang orang.. 
        Tak boleh..tak boleeehhh!!! cik leha mesti kuatkan hati cik leha. itu lah pesanan hati kecil aku.. sentiasa berjaga-jaga supaya tak mudah jatuh hati. Kenapa tak elak berjumpa dengan dia.. aku dah elak la.. tapi jodoh pertemuan itu kan di tangan yang maha Esa kan. See ada ja la yang aku nak bekup-bekup bagai. huh.. After that Aku ditawarkan bekerja sebagai driver kepada abang angkat aku sendiri. huh macam pelik ja kan. Haha ye la aku kan gurl..mana la nak sesuaii you.. apa class jadi driver betul tak. rezeki datang tanpa diundang. dengan hati yang beku dan acting like profesional aku menerima jawatan itu... ish tunang orang nih..time tu pulak abang angkat offer gaji yang superb.. memang bling-bling terus mata cek nih.. errr mata duitan betul!!!  
          Perjalanan hidup aku tak mudah seperti orang lain. Untuk mencapai cita-cita, aku kena berusaha sendiri. wat part time tak kira pada pekerjaan apa sekali pun. Di mata aku hanya lah duit.. ya ada duit semua boleh buat. kalau tak ada duit apa pun tak boleh err.. Bukan kah dengan mencari rezeki juga kita harus betulkan niat kita.. untuk apa kita mencari harta dan ilmu di dunia ini adalah kerana Allah s.w.t.... itu yang seharusnya kena sematkan dan tanam dalam minda dan otak kita supaya kita mendapat berkat dan rahmatnya.. aku sentiasa terlupa dengan keadaan itu. sadiskan cik leha. kerja teruk berkat pula kurang... "Apa pun tak boleh.." my abg angkat always speak like that.. miss much huh... ok stop it cik Leha..erghhhh
         Pada suatu hari abang angkat aku meminta pertolongan yang tidak seberapa daripada adik dia nih. Aku la tu. He ask me to help him to praying. oh mak engkau.. dia tak tahu langsung nak sembahyang. orang islam apa tak tahu solat. upss mulut mak jemah aku ni memang tak ada insurans.. sesuka hati je cakap macam tu. haha nasib la bro adik, tak marah.. senyum saja dia. baik kan abang aku.  Jadi setiap kali aku singgah masjid nak solat dia pulak ada ja alasan dari nak masuk dalam masjid. Sebabnya dia tak tahu nak solat. Kadang-kadang dia wat ja gaya konon-konon nak masuk masjid. walhal p toilet ja pun.. hahaha dia ingat adik dia tak tak kelih yerr..ha aku dah agak dah. cuma tunggu hari ja nak dengar dia mengaku. hiewhiew jahat gila aku kan..  kantoii!! ape pun tak boleh. ^_*(kelih=nampak)perlis translate.

       Tapi hati dia selalu teringatkan Allah. Sepanjang hidup dia, dia teringin nak belajar tentang islam. Sejak dari umur 6 tahun dia sudah meninggalkan islam pada hakikatnya. Islam hanya sekadar atas nama saja.  Malunya aku kerana aku yang tahu solat tetapi tak pernah lengkap amalan aku, tak pernah ingin menambah pengetahuan aku. Dan tak pernah berusaha mengenali islam.Aku sepatutnya bersyukur dengan didikan daripada kedua ibu dan ayah aku. Betapa jahilnya aku kerana tak mendekati Ilahi. sebaliknya sibuk dengan dunia aku. huh terngiang-ngiang suara halus di telinga aku.. kau sembahyang, tapi kau tak pernah kusyuk. Sekadar nak elakkan daripada kena bebel dengan mak aku ja kan. Ala faham sangat dengan kau kan. time sembahyang ja mesti laju. entah sampai ke tidak solat aku kepada allah.. huhu and buku panduan solat berwarna hijau sentiasa ada dalam beg lapt0p dia. .. Buku ada tapi tak tau macam mana nak baca.. sedihhh nyee


          

       Muka aku rasa panas ja. Ye la mana la aku tahu sangat pasal solat ni. Solat untuk aku sendiri memang terrer la. Kalau nak jadi ustazah Solehah nih.. aduhh jangan wat pasai la wehh.....Untuk membantu orang lain dalam ibadah mulia ini seharus nya kita kena la lengkapkan diri kita dulu betul tak. Macam mana la nak ajar orang lain kalau diri sendiri pun sembahyang tak pernah nya cukup. Dari situ, aku mula melengkapkan diri dengan solat lima waktu. alhamdulillah.. mungkin perkenalan itu telah membuka rahmat dan jalan untuk aku dan abang angkat ke arah jalan mulia Allah..
        Lawak gila la nak habaq nih, mengajar pada orang tua nih tak sama mengajar pada budak-budak tak cukup umur. haha the secrete of the moment.. sweet-sweet macam gula hacks tu, not expect guys.. ustazah Solehah mengajar dalam kereta. Time aku jadi driver, bro kat sebelah bukak buku panduan solat sambil menghafal.. urmmm tak pernah terfikir gak la job aku ni two in one. Anyway it effectively.. oh myy luvly tak sangka aku, berkesan juga sambil kenyit-kenyit mata sebelah.. aauum.. gatai pulak dah. ermm Alhamdulillah abang angkat aku pun sedang berusaha untuk kembali ke jalan yang lebih mulia itu.  Now I'm struggling to change everything I did before. chaiyok-chaiyok.. eh tersesat k-pop lak dah..

       Terlajak perahu boleh diundur, terlajak jatuh hati macam mana nak tarik balik.. its possible miss leha to fall in luv to person that was being engaged. ok Tunang orang. Aku tekankan disini, disana, disitu, or kat mana-mana ja lah. he is absolutely fiancee orang lain yang punya. Orang lain yang punya ok. fullstop..urmm  Dugaan betul.. ishk ishk.. so ada gap dekat situ. by the way im totally llike him but im not luv him.. sepet je k.. balik-balik sepet... tak jemu ke kat sepet tu. huh kenapa cik abang angkat aku ni nak marah pulok.. tak faham aku..
"a person who comes into our lives it is sometimes temporary, sometimes the possibility to stay with us"  itulah hakikat yang perlu kita ketahui.....kenapa kita dipertemukan dengan insan-insan itu. Dan setiap kejadian itu ada hikmah dan telah dirancang dengan sebaik-baiknya oleh Allah s.w.t.. Allah Hu Akhbar..i must hide this feeling.. my soul please be carefull ok my little sweet heart.. pasal hati aku insyaallah boleh jaga.. but for a man yang meluahkan perasaan dia pada seorang cewek tu macam mana.. 
        Ya Allah how this is happen.. and now its come to me. Aku tak kuat nak lalui ujian ni. eceh. boleh ja kan nak ignore.. macam mana abang aku boleh pulak nak jadikan aku wifey dia no 2. no 1 pun tak dapat lagi. haishh lelaki memang macam tu. sorry i tak suka suami orang. tapi kalau dah nama pun takdir nak buat macam mana. selagi boleh elak kita kena elak oraite gurls.. 
           SeSudah 5bulan memory itu berlaku.. and now he already marriage.. alhamdulillah.. to take precautions, aku terus menjauhkan diri. ia harus.. ya kakak-kakak, ibu-ibu, adik-adik sekalian. jangan kacau laki orang oiii.. nanti kena ligan dengan penyapu la jawabnya. haha harus diingat kumbang bukan seekor.. and my taste is somebody yang single mingle lorh.. huk alorh gantang-gantang ketak-ketak kan banyak lagi.. tak main beb hubby-hubby orang nih.. cepat-cepat beristighfar.. astaghfirlahhalazim.... k cenyumm

           Dan sesungguhnya dia terlalu baik. Semoga dia akan mendapat hidayah daripada Allah.. tenangkan lah hati dengan solat.. tiada ketenangan yang dapat diperoleh sebaik-baik ketenangan di dalam solat. Allahhualam....and then setiap petunjuk terus terusan datang kepada aku.. bukan itu saja yang datang tetapi kadang-kadang ia mengetuk pintu hati sehingga kan menitis air mata kesyukuran.... 

erghh bila nak abih story aku nih.. panjang macam roti jala dah ni.. bored!!! no no just wait for last Petunjuk Dari Nya Part 3..Insyaallah ok my dear.. thanks for waiting and read this entry.. itupun kalau sempat habis part 3.. tak sanggup dah aku nak continue part 4 bagai... huk alorh..


           hehe once again.. thanks for reading guys. 
           to be continued..............................................^_*


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...