Saturday, September 22, 2012

Aidilfitri 2012




Assalamualaikum..... 


Satu hari di hari raya.. lalala wah cik leha pagi-pagi raya lagi dah sibuk kau yer... sibuk menyanyi kat dapur sambil dok potong bawang... pagi-pagi lagi dah busy rumah aku.. sampaikan tak sempat nak makan.. alhamdulillah... apabila rumah kita didatangani dengan tetamu... sudah menjadi satu adab, di dalam islam juga menuntut supaya kita melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Ha dengar tu paling baik.. lagi-lagi bulan raya ni. sedia la kau kuih raya banyak-banyak.. yang mai tiap-tiap hari tu tak jamu takpa dah aihh.. dalam islam lebih 3 hari dikira sedekah dah.. 

simpan kuih raya balik... hahaha

termenung seketika.................................................
"kakak, tolong buat kopi jap. ni Mak ngah datang ni.. bawak kuih empat segi sama (biskut kering)" 

"di dalam bilik. terus tutup lappy.. and then mak bukak pintu.. lahh dah tidoq dah ka.. hai awaii pulak tidoq budak nih.." ermmm and then mak berlalu ke dapur menyiapkan kopi..
bukak mata terus ngadap lappy saiz 14 inci kaler hitam. dok ngernyehh sorang-sorang macam kera sumbang bagai..

tudia anak dara apa aku nih kan.. perangai memang tak sememeh.. ha macam jahil dah kan aku nih.. ishh satu pengajaran ye adik-adik lepas nih toksah la dok ngeliat sangat.. itu lah aku di zaman purba dulu kala. di kala berumur 14 tahun.. 

sekarang ni tak lagi dah jadi baik dah..2012 akhirnya aku berkesempatan menunaikan solat raya bersama-sama dengan ibu aku di masjid. boleh dikira la dengan jari berapa kali aku p sembahyang raya. urmm dah banyak tahun tak pergi. Asyik ligan duit ja dulu. Berniaga di malam raya sampai ke pagi so sembahyang raya harus lah di atas katil...ha korang pun pernah apa tak pergi sembahyang raya. malas nak bangun pagi kan.. 

alhamdulillah terima kasih mak terima kasih ayah... huhu sendu la pulak pagi-pagi raya ni kan.. tok sah dok melalut banyak-banyak... raya dah lepas dah. dua bulan baru nak update. heeeeeeeeeh layan pic je la. cakap tak mau ha.. eh tulis la. zasssssss 


layan dulu sebuah lagu hari raya dendangan three of cousins....buah hatiku.. 


video






bersalam-salaman di pagi syawal.. mak ngah and family first turn menjamah hidangan aidilfitri..




wif pakngah haha dua-dua pakngah..

mak ngah and family..


abang long bagi duit raya dekat abang lang.. hahaha


time bersembang.. aku pulak sebuk je kat dapur.. huhuk mana aci tengok pic aku tak ada pun..
haishh sabar je lah wahai cik leha..

abang kedua and family... abang zam 



abang mie and cousin anep..  



wif my sis in law.. kak ela.. bukan penyanyi rock Ella tu ye..

okeh korang abaikan tudung blue kepunyaan mak i.. makcik rokiah binti hassan.. 



wewwwwwwwiiiiittttttt awek cun.... mana-mana??? baju kuning tu lerr awek cun..
sis ika nampak macam ustazah dah.. heeeeh upss




Anak saudara Mohd Faiz dan Nurul Izzati anak abang kedua.



Anak saudaraku Mohd Adib Adham dan Nur Alya Qaseh anak abang pertama



 
bab posing serah kat dia la.. si itam merlit. mr. black paiz. hehehe



wif familia..............







familiyaaa... lagi..



Salam lebaran daripada Arkuchik Solehah.............

Raya kedua wif my Bff.... yang nih part wajib.... tunggu........


















Friday, September 21, 2012

You came to me lyrics

VERSE 1

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away
Showed me the right way, the way to lead


BRIDGE 1

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you


You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you


CHORUS (x2)
VERSE 2

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between


BRIDGE 2

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you


I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you


CHORUS (x2)
MIDDLE 8

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH


You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

BRIDGE 3

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you


You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (currently X2)









Ingatlah Dia
















TINGG!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. 
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. 
Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas. 
Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. 
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. 
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. 
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih. 
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.





 



Wednesday, September 19, 2012

Wordlesss Wednesday_my Eyes



Assalamualaikum....

http://oneohwan.blogspot.com/

                                                         
                                    DSLR hazwan hashim ? sangat teruja bukan

aku lagi teruja tertiba mata aku jadi besau lagu nih... soo exhausted.. kau hader.. hahaha klik pic!!!







Saturday, September 15, 2012

Maksud sebenar Zina

Assalamualaikum... 

Sedikit perkongsian dan lebih kepada diri sendiri sebenarnya, yang telah dicopy paste kan oleh aku.. marilah sama-sama kita renungkan dan selamat beramal. heeeeh senyum dulu




Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:

(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim:

(Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.

Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:

))عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً((

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik)).

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).

Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia)).

Justeru apa yang dapat difahami daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.

Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.

Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:

وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).

Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:

“فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم” أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.

Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.

Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

sumber :  http://rushsina.blogspot.com/
terima kasih admin.. ;)







Tuesday, September 11, 2012

PROJEK MEMIKAT SUAMI






(NOVEL TERBARU) PROJEK MEMIKAT SUAMI - Hanina Abdullah

Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, No 2 di Carta Bestseller di Kinokuniya
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, No 2 di Carta Bestseller di Kinokuniya

Judul : Projek Memikat Suami
Penulis ; Hanina Abdullah
Penerbit : Penulisan2u
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24








Wednesday, September 5, 2012

wordless wednesday _ Bride to be













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...