Thursday, February 9, 2012

Sepet Story_falling in luv wif islam...


assalamualaikum.... 



semakin mengenali islam.. semakin hatiku merasa tenang..
syukur Alhamdulillah..

aku mengakui.. mengenali beliau.. aku juga mengenali islam..dia bukan nya seorang ustaz.. bukannya seorang tahfiz.. tapi bagiku dia adalah cahaya pemberian dari ilahi.. untuk aku membuka mata terhadap kejahilan ku selama ini..
sesungguh nya cinta itu adalah dari yang maha esa kerana memberikan cinta yang murni kepada ku..

sesetengah masyarakat pada masa kini berpendapat ....
“kau berubah pun sebab orang lain.. nak wat apa kan.. tak ikhlas..”
siapa mereka nak meletakkan hukum terhadap sesuatu perkara..
pokok pangkal nya hati dan kehendak kita yang ikhlas.. dan allah mengetahui segalanya..Dia yang mencipta cinta itu.. kalau ia benar2 ikhlas.. kembalilah ia ke jalan yang diredhai…

adakah ini satu hidayah dari yang maha esa.. untuk apa hendak hipokrit.. hendak menipu kenapa.. diri sendiri pulak tu..
sesungguhnya.. cinta allah itu adalah suci dan luhur.. aku mengakui cinta kepada nya bukan saja cinta duniawi.. sebalik nya ia adalah cinta akhirat.. pasti ke wallahualam.. hihi, insyaallah kalau diizinkan olehNya..kalau dia adalah jodohku.. semoga ia akan menjadi kenyataan..

kukuhnya iman kita.. adalah di mana kukuh nya tiang solat kita.. ditambah dengan perkara2 yang mendapat pahala darinya..
syukur, syukur, dan syukur ya allah.. hati ku sentiasa tenang..

di sudut sanubari aku nih.. ingin menjadi seorang isteri solehah.. bukan pada nama sahaja.. tapi lebih kepada allah, ibu bapa, dan suamiku.. insyaallah..

jahilnya aku dahulu.. bercinta, tapi tidak merasa nikmat sebenar cinta itu..

nama pun couple.. jangan cakap la. “eh mana ada kita pegang2 tangan pon.. duduk berdua-duan”.. tapi once bila kita couple.. perkara pertama yang datang adalah orang ketiga iaitu syaitan.. sekuat mana pun iman kita.. kalau tak dihindarnya pergaulan bebas nescaya.. maksiat penuh berleluasa dalam hidup kita seharian..

aku sendiri tak terlepas dari semua itu..dan dari sehari ke sehari apabila diri dekat dengan Allah, tebalnya rasa muka nih.. tak tahu nak letak mana..
dan akhir sekali solat lah.. yang memimpinkan aku..

single!!.. salah ke kalau single.. that’s better actually.. maksiat pun tak banyak rite..
haha ok I admit i still single… but not available…

“single baru nak taubat.. waktu couple tak nak taubat”
tak semestinya kan.. even kalau kita sudah berpasangan mestilah kena dengan caranya..solat still tak tinggal.. aurat still boleh dijaga.. tapi yakin kah?.. kalau kita couple.. kita jumpa dia tak ada apa2 punya.. sembang biasa2 punya..
yakin ke? tak bersentuhan punya..

ala tipu la tuh.. J bila dah kuar mesti dah feeling2.. pegang2 tangan kan..
bukan nak tujukan pada sesiapa.. tapi nak tujukan pada diri sendiri sebenarnya.. bahawa aku selama ini sangat lemah dengan godaan dunia sekarang..tak mampu nak jadi muslimah sejati.. betul kan.. perempuan sebenarnya lemah.. tapi hakikatnya ia adalah tersangat kuat.. kan kan.. 

aku tak boleh menidakkan aku punya ingin perasaan untuk menyintai dan dicintai..
mengakui lepas hati aku terluka aku selalu bermuhasabah pada diri.. mungkin ada hikmah di sebaliknya..

semakin lama semakin tinggi keinginan itu.. aku adalah seorang insan yang lemah pada nafsu.. kadang-kadang tak sedar..
“eh betul ke, apa yang aku buat nih..”

time tuh baru lah nak sedar.. adeyhh lemahnya iman nih.. entah lah aku tak mampu sebenarnya nak tuntuti perintah larangan yang Maha Esa..
tapi nekad dihati aku akan belajar berubah.

aku tak mampu nak pakai hijab lagi.. still pakai jeans skinny.. tudung tak la labuh bidang 60, still selendang lilit2 lagi.. heeeh tapi Alhamdulillah.. masih dengan imeg bertudung lagi.(tengok tuh ada ja nak backup2..)

kadang-kadang pemakaian sekarang tak tahan sangat… nafsu ya allah… tergoda giler.. dress cantik2.. even muslimah.. tapi sendat.. muslimah macam mana?.. haha

nak ubah sekaligus tuh memang susah laa.. takpe pelan2 takpe.. (orang perlis cakap)

penggunaan facebook.. sekarang dah meningkat berjuta-juta penggunaan nya.. tak terkecualilah aku.. kuikui

sebenarnya bukan itu masalah aku… tapi di laman social dah terlalu banyak..
kritikan, fitnahan, ejekan dan macam-macam lagilah.. and the most thing adalah isu wanita kan.. selalu diperlekehkan.. kadang-kadang tuh aku naik geram ja.. asyik2 perempuan ja yang salah.. ya la tak semua perempuan salah, tapi bila nak membalas… terasa ada benda yang menghalang..ishh aku nih baik ke.. baju pun kekadang ketat jer.. ermm last2 diam ja lah..

kadang-kadang ada juga jenis tak berapa nak sedar diri.. suka menjadi pengkritik terhadap kaum sendiri.. padahal diri sendiri tak perfect mana.. tudung pun tak pakai.. kritik je lebih.. don’t jugde something by its cover..

sesungguhnya “seseorang yang memakai tudung adalah seseorang yang menurut perintah iaitu daripada salah satu syarat wajib islam rite.. so hormati lah perempuan yang bertudung.. tak kira lah mulut macam longkang ke macam puake ke.. perangai nauzubillah lah kan.. biarlah, itu dia dengan tuhan..

lepas tuh page dia diagung-agungkan.. jadi famous… mulanya menjadi topic perbincangan and last sekali jadi topic pengumpatan dah.. dah menambah kan dosa..
patut lah… sesetengah orang berpendapat silent is better than announce..
pendapat aku.. ntah la..kuikui.. yang baik diikuti yang tidak baik dijadikan iktibar dan pedoman..   

renung2kan
selamat beramal..

p/s tertibe rasa teringin nak bunga nih la.. sapa la nak kasi yer.. tk pernah 
dapat bunga lagi nih.. selama 22 tahun.. eh tertibe lak kan.. haha



                                                                                         luv much_leha


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...