Sunday, June 24, 2012

Sunday Story



Pada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-pari tasik kepada Pak Ali.

Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua? 
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari-pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Anderson...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

have a nice sunday.

2 comments:

Unknown said...

hi.. done follow awak okey...

www.sitisaliza.com

Unknown said...

thanks all.. nice to meet u

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...