Assalamualaikum..
Hari ni teringin nak jadi ustazah sat. haha jom kita duduk menelaah serta fahami maksud yang tersirat daripada yang tersurat. Lapangkan lah dada dan ambil masa untuk renungan kita sebentar. Lebih kepada aku sebenarnya nih. ^_*
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmim yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya).
Oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan jangan lah engkau bersikap malas dan segan .
Dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi sebaliknya katalah: Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan kalau itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.
Aku pun selalu jugak la guna ayat tu kuikui. kalau la dapat kahwin dengan anak orang kaya. Huh tak relevan langsung kan. Tak masuk dengan topik asal pun. Erghhh kalau berangan mesti nak letak ayat kalau kan. eceh korang pun sama la tu kan kan.
Setiap mukmim itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkann kebaikan dalam hidup, manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.
Mukmin yang betul-betul beriman tidak akan mudah berputus asa kerana segala yang berlaku adalah ketentuan Nya. Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan manusia. Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh mencapai sesuatu dan meminta pertolongan Allah SWT supaya dengan ihsan Nya, Allah memberikan taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan kerana sebijak atau sekuat mana manusia, tetap berhajat pertolongan dan pimpinan Allah SWT.
Kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah maha berkuasa . Allah menjelaskan, sesuatu yang boleh diusahakan manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya. Ha macam aku la tuh. Boleh pulak berangan nak kahwin dengan anak orang kaya. huh
Jika usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan reda, tenang, tenteram kerana hal itu pasti mengandungi hikmah tersendiri yang hanya diketahui Allah.
Jangan sekali-kali menyebut kalau jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membawa kepada hasutan syaitan yang menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak reda kepada takdir serta ketentuan Allah yang Maha Esa.
Dengar tu jangan sebut kalau k..
Selamat beramal renung-renungkan..
p/s : kalau la boleh makan kfc time-time nih sedap gak nih.. ^=^
No comments:
Post a Comment